in ,

RAISE THE STAR MALAYSIA: 14 Peserta Berentap di Suku Akhir Minggu Keenam Bertemakan Unbeatable

KUALA LUMPUR, 27 Julai 2025 – Program realiti nyanyian sensasi Raise The Star Malaysia kini memasuki minggu keenam dengan menyaksikan 14 peserta mara ke peringkat suku akhir.

Minggu ini tampil dengan tema istimewa pilihan penaja utama, U Mobile Unbeatable, yang mengetengahkan lagu-lagu popular daripada bintang kelahiran program realiti atau pertandingan nyanyian, satu perjalanan yang cukup dekat dengan para peserta sendiri yang digelar Stars.

Setiap peserta akan membawakan lagu ikonik daripada penyanyi yang pernah melalui laluan serupa, menjadikan minggu ini sebagai penghormatan dan inspirasi buat mereka.

Antara persembahan yang dinanti-nantikan:

Aliff Amie – Whataya Want From Me (Adam Lambert)

Aril Eles – Cinta Seorang Teman (Bob Yusof)

Lagi artikel di ifon.my  Raise The Star Malaysia: Zuana Menang Gempak Star on Fire, Semua 10 Peserta Mara ke Peringkat Akhir

Didie Shazry – Sesungguhnya Aku (Alif Satar)

Hariz Fayahet – Gemilang (Jaclyn Victor)

Keka Boneka – Ernie Zakri

Max Brandon – Lelaki Seperti Aku (Alif Satar)

Melinda Dadew – Jahat (Stacy)

Pasya – Mama Papa Larang (Judika)

Rayme – Mona Lisa (Alpha)

Scha Nuril – Emas (Nadeera)

Sharee Lopes – Percayalah Indah (Ruhaila Zuana)

Zury – Relakan Jiwa (Hazama)

Suku akhir ini dijangka sengit dan penuh kejutan, kerana hanya yang terbaik akan berjaya melangkah ke peringkat separuh akhir.

Siapakah yang akan terus mara dan siapa pula yang terpaksa mengucapkan selamat tinggal?

Segalanya akan terjawab malam ini dalam Raise The Star Malaysia sebuah pentas pencarian bintang sebenar

Lagi artikel di ifon.my  DAPUR GOODDAY: MISI SARIMAH & TUYAH VS CHE TON’, PROGRAM REALITI DRAMA MASAKAN PERTAMA DI MALAYSIA

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

iOS 26 Beta (Awam) Kini Dilancarkan: Apa yang Perlu Anda Tahu

Raise The Star Malaysia: 5 Peserta Kuasai ‘The Five’, 4 Bintang Terkorban di Suku Akhir