in ,

vivo X Fold5 Dilancar di Malaysia: Telefon Lipat Pertama vivo dengan Kamera ZEISS dan Rekaan Ultra Nipis

KUALA LUMPUR, 29 Julai 2025 — vivo Malaysia hari ini melancarkan secara rasmi telefon pintar lipat pertama mereka, vivo X Fold5, ke pasaran tempatan.

Ini menandakan kemasukan sulung siri Fold ke Malaysia, satu pencapaian besar bagi vivo yang telah bertapak selama 11 tahun dengan lebih 8 juta pengguna aktif di seluruh negara.

Menurut Mike Xu, Ketua Pegawai Eksekutif vivo Malaysia, vivo X Fold5 bukan sekadar telefon pintar. “Ia adalah sebuah mini komputer pintar yang membantu menyelesaikan tugasan harian dengan cekap,” katanya ketika pelancaran.

Selepas kejayaan siri Y, V dan X, vivo kini memperkenalkan siri Fold untuk memberi pilihan premium kepada pengguna tempatan.

Dengan reka bentuk lipat dan teknologi canggih, vivo X Fold5 bakal menjadi penanda aras baharu dalam kategori telefon boleh lipat di Malaysia.

Lagi artikel di ifon.my  vivo Y39 dan vivo Y29 Telefon Pintar Mesra Pelajar

vivo X Fold5 tampil dengan ketebalan hanya 9.2mm bila dilipat dan 4.3mm bila dibuka, serta berat 217 gram. Reka bentuk bingkai sedikit melengkung memberi cengkaman lebih selesa, dan ia ditawarkan dalam dua warna eksklusif Titanium Grey dan Feather White.

Rekaan ini bukan sahaja elegan, malah tahan lasak:

IPX8: Kalisk air sehingga 3 meter selama 30 minit

IPX9+: Tahan 1,000 lipatan dalam air sedalam 1 meter

IP5X: Perlindungan daripada debu

Kalis suhu ekstrem -20°C

vivo meneruskan kerjasama strategik bersama ZEISS, menghasilkan sistem kamera berkualiti tinggi yang memberi pengalaman fotografi bertaraf profesional

vivo X Fold5 dilengkapi bateri 6,000mAh menggunakan BlueVolt Battery Technology, yang menawarkan 13% kepadatan tenaga lebih tinggi. Ia menyokong:80W pengecasan berwayar50W pengecasan tanpa wayar

Peranti ini dijana oleh cip flagship Snapdragon 8 Gen 3, digandingkan dengan storan pantas UFS 4.1, menjadikannya sangat lancar untuk permainan, kerja profesional dan multitugas.

Lagi artikel di ifon.my  iQOO Neo 10 Dijangka Tiba Di Malaysia

Sistem ini turut diperkasakan oleh AI pintar untuk pengalaman pengguna lebih responsif dan produktif.vivo X Fold5 ditawarkan pada harga rasmi RM6,999 untuk konfigurasi 16GB RAM + 512GB storan.

Dengan spesifikasi tinggi dan teknologi terkini, peranti ini memberi nilai premium kepada pengguna yang inginkan peranti lipat berkuasa dan bergaya.

Menurut Tasmy, Pakar Produk vivo Malaysia, X Fold5 bukan sekadar peranti ia adalah pernyataan gaya dan kecekapan. “Kami percaya peranti ini akan menarik minat golongan profesional, pencipta kandungan dan mereka yang mengutamakan inovasi,” katanya.

Dengan pelancaran ini, vivo bersedia mengukuhkan kedudukannya dalam segmen andalan dan bersaing dalam dunia telefon pintar lipat yang kian berkembang di Malaysia.

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

Raise The Star Malaysia: 5 Peserta Kuasai ‘The Five’, 4 Bintang Terkorban di Suku Akhir