Rego Nyowo tampil sebagai sebuah filem seram yang membawa kisah misteri dari daerah Malang, Indonesia.

Dibawa secara eksklusif oleh Antenna Entertainments, filem ini mengangkat elemen seram tradisional yang digarap dalam suasana rumah sewa yang penuh misteri.

Kisah bermula dengan Lena (lakonan Sandrinna Michelle) yang tiba di Malang untuk melanjutkan pelajaran. Dia dijemput oleh abangnya, Benhur (Ari Irham), untuk tinggal bersama di sebuah rumah sewa besar yang dihuni oleh sepuluh penyewa lain gabungan pelajar dan pekerja.

Dengan kadar sewa hanya 500,000 rupiah, rumah itu kelihatan seperti satu rezeki buat Lena dan Benhur yang berasal dari keluarga sederhana.Namun, di sebalik sambutan mesra daripada pemilik rumah yang dikenali sebagai Astri (lakonan Diah Permatasari), rumah tersebut menyimpan seribu satu rahsia.

Lagi artikel di ifon.my  Ulasan Filem : Kraven the Hunter

Salah seorang penyewa, Bobi (Zayyan Sakha), mula mengalami gangguan dan sering merasa dirinya diperhatikan. Keadaannya semakin meruncing hingga dia tidak sanggup terus tinggal di situ.Lena mula curiga dengan tingkah laku Astri, terutamanya apabila setiap malam Sabtu mereka dijemput untuk makan malam bersama.

Rasa curiga itu mendorong Lena untuk mengintip gerak geri Ibu, dan sejak Bobi meninggalkan rumah, suasana mula berubah menjadi kacau kejadian aneh dan menakutkan mula menghantui penghuni rumah.

Filem ini mempunyai permulaan yang kuat. Babak awal berjaya membina suspens dengan baik dan sinematografi juga memberi impak visual yang menyenangkan.

Lakonan Sandrinna Michelle dan Ari Irham memberikan keserasian adik-beradik yang meyakinkan, manakala Cassandra Lee (Rina) dan Rayenshah Rassya Hidayah (Yamin) menambah dinamik kepada kumpulan penyewa rumah tersebut.

Lagi artikel di ifon.my  Martabat Misi Berdarah Komedi Spontan yang Menjadi

Namun, filem ini tidak lari daripada kelemahan. Kualiti CGI kurang memuaskan dan beberapa lakonan yang kurang meyakinkan menjadi kelemahan utama.

Walaupun terdapat beberapa unsur kejutan, tahap seram filem ini agak sederhana. Saya meletakkan skor seram pada sekitar 30% sahaja. Antara babak yang mencacatkan impak filem adalah kemunculan Pocong yang menjelir lidah babak yang sepatutnya menakutkan, tetapi akhirnya menjadi bahan jenaka di kalangan penonton.

Secara keseluruhan, Rego Nyowo masih sesuai ditonton terutama bagi peminat filem seram tempatan dan mereka yang gemar elemen mistik seperti Pocong dan kisah rumah berhantu.

Penceritaan yang jelas dan pengakhiran yang mengejutkan tetap memberi nilai hiburan.Tayangan bermula di pawagam seluruh negara pada 8 Ogos ini jangan lepaskan peluang untuk alami sendiri misteri Rego Nyowo.

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

vivo X Fold5 Dilancar di Malaysia: Telefon Lipat Pertama vivo dengan Kamera ZEISS dan Rekaan Ultra Nipis

Filem Angkat Tawar Tiket Serendah RM10 Termurah Pernah Ditayangkan di Malaysia