in ,

U Mobile & Water The Plant Mencipta Misi Merentasi Sempadan

Kuala Lumpur, 8 Ogos 2025 – Gabungan gaya dan teknologi kini menjadi tumpuan di KL Fashion Week 2025 apabila U Mobile dan Water The Plant berkolaborasi buat pertama kali di Esplanade, KLCC Park.

Kolaborasi unik ini hadir dengan persamaan yang menghubungkan dua dunia berbeza fesyen dan telekomunikasi di bawah matlamat sama iaitu “Merentas Sempadan”.

Water The Plant, jenama fesyen yang terkenal dengan kehadiran di Jepun, Hong Kong dan pelbagai lokasi antarabangsa, menjadi simbol gaya tanpa batas.

Manakala U Mobile, selaku syarikat telekomunikasi yang menawarkan pelan berpatutan, tampil berbeza dengan mempamerkan sentuhan Perayauan Global melalui elemen fesyen.

Acara yang berlangsung tepat jam 2.00 petang ini bukan sekadar persembahan pakaian, malah mencipta penceritaan tersendiri yang menzahirkan ekspresi kreatif dan keterhubungan tanpa had.

Lagi artikel di ifon.my  Raikan Ramadan Dan Syawal Ini Dengan Membeli Samsung Galaxy S25 Ultra Dan Miliki Samsung Galaxy S25 Secara Percuma Melalui Pelan U Family 128

Dengan gabungan ini, penonton bukan sahaja disajikan dengan fesyen terkini, tetapi juga diilhamkan untuk melihat bahawa gaya dan teknologi mampu bersatu melangkaui sempadan.

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

Dapat Baucar Tunai Melalui Kempen RE:Cycle – Kitar Semula E-sisa Oleh Urban Republic & Switch