Kuala Lumpur, 8 Ogos 2025 – Urban Republic (UR) dan Switch telah melancarkan kempen RE:Cycle, satu inisiatif baharu untuk menggalakkan gaya hidup lestari melalui kitar semula sisa elektronik (e-sisa) dengan cara yang mudah di samping ganjaran untuk anda.

Kempen ini berlangsung di semua cawangan UR dan Switch di Lembah Klang, Johor, serta Pulau Pinang. Matlamatnya jelas iaitu memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk membantu menjaga alam sekitar dengan menyerahkan peranti elektronik yang tidak digunakan, sambil menerima ganjaran tunai dalam bentuk baucar.

Antara barangan yang diterima termasuk komputer, telefon pintar, tablet, bank kuasa, kamera, monitor, dan pembesar suara. Semua peranti akan diperiksa bagi memastikan ia selamat dan bebas daripada masalah seperti bateri bocor atau bahagian berkarat.
Anda akan menerima baucar tunai bernilai RM10, RM20, atau RM30, bergantung pada jenis dan keadaan e-sisa yang dihantar. Inisiatif ini bukan sahaja membantu mengurangkan pencemaran, malah menggalakkan pengguna menyokong gaya hidup yang lebih lestari.
Tidak terhenti di situ, UR turut berganding bahu dengan M.Bungkus bagi menawarkan pelbagai produk berasaskan bahan kitar semula.



Menurut Lawrence Seng, Pengurus Besar Techero, “E-sisa memberi ancaman besar kepada alam sekitar, dan kami percaya peruncit harus menjadi contoh dalam menguruskan isu ini dengan bertanggungjawab.”

Maklumat lanjut tentang senarai barangan yang diterima, lokasi penghantaran, dan terma syarat boleh didapati dengan mengimbas kod QR di lokasi terlibat atau melalui laman web rasmi UR dan Switch.
Jom kita bersama mengurangkan impak terhadap alam sekitar Kitar Semula, Dapat Ganjaran, Hidup Lestari dengan RE:Cycle.