in ,

Konsert Akhir Raise The Star Malaysia, Debaran Kian Terasa

KUALA LUMPUR, 10 Ogos 2025 – Pentas akhir Raise The Star Malaysia bakal berlangsung malam ini dengan gandingan pengacara popular, Sherry Alhadad dan Alif Satar.

Sebanyak 10 finalis akan berentap membawa lagu-lagu pilihan yang dijangka memukau penonton.

Antara lagu yang bakal dipersembahkan ialah:

Aliff Amie – We Are The Champions (Queen)

Aril Eles – Terus Hidup (Aina Abdul)

Didie Shazry – Melompat Lebih Tinggi (Sheila On 7)

Hariz FayahEt – It Will Rain (Bruno Mars)

Keka – Pelukan Angkasa (Sekumpulan Orang Gila ft. Shila Amzah)

Pasya – The Show Must Go On (Queen)

Rayme – Bang Bang Bang (BigBang)

Sharee Lopes – Creep (Radiohead)

Lagi artikel di ifon.my  Raise The Star Malaysia: 5 Peserta Kuasai 'The Five', 4 Bintang Terkorban di Suku Akhir

Zuana – Sekadar di Pinggiran (Dato’ Francissca Peter)

Zury – Suatu Masa (Datuk Amy)

Menurut penganjur, setiap juri yang juga merupakan komposer terkenal telah memilih dua calon kegemaran masing-masing untuk bertanding di pentas akhir.

Persaingan dijangka sengit dengan kepelbagaian genre serta gaya persembahan yang dibawakan para finalis.

Juara Raise The Star Malaysia akan diumumkan malam ini, sekali gus menutup tirai pertandingan yang menjadi tumpuan peminat muzik tempatan sepanjang musim ini.

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

U Mobile & Water The Plant Mencipta Misi Merentasi Sempadan

Didie Shazly Juara Raise The Star Malaysia Musim Pertama