KUALA LUMPUR – Sempena sambutan Hari Kebangsaan, sejarah baharu tercipta apabila Ryt Bank muncul sebagai bank pertama di dunia yang digerakkan sepenuhnya oleh kecerdasan buatan (AI), telah mempersembahkan sebuah filem pendek yang dihasilkan sepenuhnya melalui teknologi tersebut.
Filem bertemakan kemerdekaan itu menyingkap perjalanan Malaysia dari era kegemilangan Kesultanan Melaka hingga ke zaman digital moden. Setiap bingkai, tekstur dan transisi direka sepenuhnya oleh AI, menjadikannya percubaan berani dalam penceritaan visual berasaskan teknologi.
Projek ini telah direalisasikan dengan kerjasama Ballsy dan Vision Machina, dua pasukan kreatif yang mahir menggabungkan seni penceritaan dengan teknologi canggih.
Ketua Pegawai Pemasaran Ryt Bank, Irene Cheah, berkata penggunaan AI bukan sekadar tontonan semata-mata, sebaliknya menjadi medium yang menyatukan perincian sejarah dengan sentuhan moden.
“Kami tidak mahu sekadar menyampaikan mesej dengan kata-kata, tetapi ingin menzahirkan sesuatu yang konkrit secara visual, berpaut pada budaya tempatan dan berpandangan jauh ke hadapan,” katanya.
Menurut Irene, filem ini merangkumi setiap visual dengan makna mendalam, melahirkan karya bertaraf dunia yang tetap utuh dengan jati diri Malaysia.


“Merdeka bukan hanya tentang kebebasan, tetapi juga tentang keberanian, daya imaginasi, dan semangat untuk mencipta sesuatu yang baharu. Nilai inilah yang turut menjadi pegangan kami di Ryt Bank,” tambahnya.
Falsafah tersebut jelas terserlah dalam cara filem ini dihasilkan, berani bereksperimen, sentiasa memperbaharui, dan tidak pernah berhenti dengan sekadar ‘memadai’. Pemilihan minggu Sambutan Hari Kebangsaan sebagai detik pelancaran juga membawa makna besar, seiring dengan simbol kebebasan serta langkah menuju permulaan baharu.
Sebagai bank digital terkini di Malaysia, Ryt Bank melihat kedudukannya sebagai kelebihan untuk mendekati rakyat, memahami keperluan mereka, serta merancang strategi dengan lebih teliti.
Visinya jelas menjadikan perbankan lebih mudah, lebih pintar, dan dipacu dengan imaginasi. Teknologi tidak hanya berfungsi untuk memudahkan, tetapi juga untuk memberi inspirasi.
Filem Merdeka ini menjadi simbol penting bahawa Malaysia mampu melahirkan bank AI pertama di dunia, maka lebih banyak potensi lain mampu diciptakan bersama. Ryt Bank juga berikrar untuk menggabungkan teknologi dengan daya imaginasi manusia, demi kehidupan yang lebih mudah, pintar dan inklusif untuk semua.