in ,

Tharae The Exorcist :Pertembungan Dua Ideologi Berbeza

Tharae The Exorcist merupakan sebuah filem seram dari Thailand yang menggabungkan pertembungan dua kepercayaan seorang paderi Kristian, Father Paolo, dan seorang bomoh animisme, Mae Mueang Sopha.

Gabungan dua dunia yang berbeza ini menjadi teras utama penceritaan yang penuh dengan ketegangan dan kejutan.Kisahnya bermula apabila Ming, seorang lelaki tua, dirasuk oleh kekuatan jin puaka yang kembali selepas 40 tahun menyepi.

Kakak iparnya, Saeng, pada awalnya mendapatkan bantuan daripada Mae, namun kuasa puaka itu terlalu kuat untuk dikawal. Kehadiran Father Paolo berjaya mengurangkan serangan, tetapi malangnya Ming telah memindahkan entiti tersebut kepada anak gadisnya, Malee, sekali gus menjerumuskan keluarga itu ke dalam krisis yang lebih besar.

Lagi artikel di ifon.my  Ketindihan: Filem Seram Tiada Arah Tuju?

Konflik turut memuncak apabila Paolo dan Mae sering bertelagah kerana berbeza kepercayaan, namun keadaan berubah apabila Mae sendiri membantu menyembuhkan Paolo yang dirasuk jin bawaan Malee. Dari situ, kedua-duanya berganding bahu dengan satu matlamat utama menyelamatkan Ming dan Malee.

Persoalan yang timbul ialah, siapakah sebenarnya dalang di sebalik kembalinya puaka ini?Kekuatan filem ini terletak pada penceritaan yang teratur dan penuh misteri.

Setiap watak memainkan peranan yang signifikan, terutama hubungan dinamik antara Paolo dan Mae yang kadangkala diselitkan elemen komedi, menjadikan jalan cerita lebih seimbang.

Dari segi seram, saya meletakkan skor sekitar 4/10 tidak terlalu menakutkan, namun cukup untuk membuat penonton gelisah dengan kemunculan hantu yang ditampilkan secara meyakinkan, bukan sekadar tangkap muat.

Lagi artikel di ifon.my  Bisikan Dosa Penuh Kejutan

Babak akhir pula hadir dengan plot twist yang menambah kejutan serta meninggalkan kesan mendalam.Secara keseluruhan, Tharae The Exorcist ialah sebuah filem seram yang menghiburkan, kaya dengan pertembungan budaya dan kepercayaan, serta mempunyai jalan cerita yang kemas.

Jika anda penggemar filem seram Thailand, pastikan anda menonton filem ini yang akan ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 11 September ini.

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

Ryt Bank Lancar Filem Merdeka Hasil Kecerdasan Buatan