in ,

eufy Omni E25 : Robot Vacum Lantai Rumah

Minggu lepas saya telah menerima robot vacum daripada eufy dan kini dalam fasa pengujian sama ada robot vacum ini hanyalah sekadar gimik atau membantu dalam membersih lantai rumah.

eufy Omni E25 ini mempunyai daya sedutan kuat sehingga 20,000 Pa, dan mampu menyedut rambut dan kotoran lain dengan mudah.

Robot vacum ini mendukung sistem HydroJet™ dengan tekanan Ke Bawah Berkuasa Daya 15N meniru cara sentalan tangan untuk menanggalkan kesan lumpur, dan kotoran degil dalam satu laluan.

Penyemburan detergen disembur secara automatik untuk menanggalkan minyak dan kotoran, kemudian mop dikeringkan dengan udara panas bagi mengelakkan kulapuk tanpa perlu dicuci semula atau diperah tangan.

Lagi artikel di ifon.my  Anker Melancarkan Produk Terbaharu

Sepanjang penggunaan saya berpuas hati dengan kesan sedutan di sekitar ruang tamu serta beberapa ruang bilik. Melalui aplikasi eufy Clean yang saya muat turun di Play Store, saya dapat menetapkan bila robot vacum ini bekerja.

Selain itu, saya boleh menetapkan zon pembersihan bagi mengelakkan sebarang masalah sewaktu pembersihan.

Kendatipun begitu, robot vacum ini tidak dapat membersih alas kaki yang menyebabkan roda vacum tersekat. Ini berlaku beberapa kali dan saya perlu pastikan alas kaki diangkat terlebih dahulu sebelum dapat mengaktifkan robot vacum ini.

Bendasing yang bertali atau seumpamanya turut menyebabkan roda tersekat. Oleh itu kita perlu pastikan barang sedemikian dibuang terlebih dahulu sebelum menggunakan robot vacum ini.

Lagi artikel di ifon.my  Anker Melancarkan Produk Terbaharu

Paling menarik pada Omni E25, ia berkebolehan untuk membersih karpet tanpa mengganggu sebarang roda.

Satu perkara yang menarik, eufy turut mengadakan kempen dengan hadiah sehingga RM4,000. Jika anda berminat untuk membeli produk ini, boleh klik pautan ini untuk melihat lebih lanjut. KLIK DI SINI

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

Generasi: Perfect 10, Kisah Remaja Mengejar Impian Gimnastik