in ,

Geng Galau Meriahkan Konsert Panggung Purnama di Zepp KL

Kuala Lumpur, 28 September 2025 – Konsert Panggung Purnama yang berlangsung di Zepp KL malam tadi meninggalkan memori indah buat ribuan penonton apabila pentas berprestij itu dimeriahkan dengan persembahan bertenaga daripada barisan artis terkemuka dalam dan luar negara.

Konsert anjuran UdaraLaskhar itu menampilkan penyanyi sensasi Fugo, Bilal Indrajaya, serta Pamungkas yang berjaya memukau hadirin dengan alunan vokal mantap dan persembahan penuh emosi.Menariknya, komuniti Geng Galau turut dijemput khas oleh pihak penganjur untuk bersama-sama memeriahkan acara tersebut.

Kehadiran mereka nyata memberi warna tersendiri dengan sorakan padu serta semangat kebersamaan yang terserlah sepanjang konsert.

Menurut Presiden Geng Galau, Fareeq Zakwan, konsert ini bukan sekadar pesta muzik semata-mata, malah menjadi ruang buat ahli Geng Galau mengikat tali persaudaraan.

Lagi artikel di ifon.my  Konsert Jiwa Kacau Gegarkan Stadium Hoki Bukit Jalil

“Panggung Purnama bukan sahaja memukau dengan persembahan artis, tetapi turut meraikan suka duka Geng Galau. Malah, kami sempat mengadakan acara potong kek sebagai tanda bukti sokongan yang tidak berbelah bahagi,” katanya.

Bagi salah seorang ahli Geng Galau yang turut hadir, Azhar Bin Ibrahim, jemputan tersebut adalah pengalaman berharga. “Saya sangat teruja sebaik Presiden Geng Galau menjemput untuk hadir ke konsert ini. Pengalaman manis malam tadi akan kekal dalam ingatan. Tidak sia-sia saya menyokong Geng Galau,” ujarnya.

Konsert yang berakhir sekitar tengah malam itu mendapat pujian ramai penonton yang rata-rata berpuas hati dengan persembahan mantap setiap artis.

Bagi mereka yang berminat menyertai komuniti ini, boleh mengikuti akaun Instagram @fareeqzakwan untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Lagi artikel di ifon.my  Konsert Jiwa Kacau Gegarkan Stadium Hoki Bukit Jalil

Selain info terkini mengenai konsert, pelbagai giveaway dan promosi eksklusif turut dikongsikan di sana.

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

ASUS ExpertBook PM3: Laptop Perniagaan Ringan, Tahan Lasak dan Pintar

vivo V60 Lite 5G: Gaya Trendy, Hiburan Tanpa Henti