in ,

Kumpulan Suria KLCC Serikan Deepavali dengan Kempen ‘Lotus of Light’ di Tiga Pusat Beli-belah

KUALA LUMPUR, 10 Oktober 2025 – Menyemarakkan sambutan Deepavali tahun ini, Kumpulan Suria KLCC mempersembahkan kempen bertemakan ‘Lotus of Light’, meraikan keindahan cahaya dan warna yang menyatukan hati di tiga pusat beli-belah di bawah naungannya iaitu Suria KLCC, Alamanda Shopping Centre dan Mesra Mall.

Bermula dari 6 hingga 22 Oktober 2025, kempen ini membawa simbol keindahan budaya, semangat perpaduan dan nilai komuniti bersempena perayaan Deepavali yang bakal disambut pada 20 Oktober.

Menurut Francis Tan (lima dari kiri) , Ketua Pegawai Eksekutif Suria KLCC Sdn. Bhd., tema bunga teratai dipilih kerana ia menjadi lambang kesucian, pencerahan dan kebangkitan semula.

“Bunga teratai melambangkan keindahan yang lahir dari kegelapan, justeru ia menjadi perlambangan sempurna untuk meraikan Deepavali tahun ini. Melalui tema ‘Lotus of Light’, kami ingin mencipta pengalaman yang bukan sahaja mempesonakan, tetapi juga menyatukan masyarakat dari pelbagai latar dalam semangat perpaduan,” ujar beliau.

“Dari dekorasi utama yang memukau di Suria KLCC hinggalah sambutan berteraskan komuniti di Alamanda dan Mesra Mall, kami berbesar hati mengalu-alukan kehadiran para pengunjung untuk berkongsi keceriaan pesta cahaya ini,” tambahnya.

Lagi artikel di ifon.my  Suria KLCC Perjelaskan Isu Tular

Di Centre Court Suria KLCC, para pengunjung bakal dihidangkan dengan pemandangan menakjubkan , sebuah taman magis bertemakan bunga teratai yang bercahaya. Tarikan utamanya ialah bunga teratai gergasi yang berkelip di tengah kolam berwarna-warni dengan pancaran cahaya interaktif, mencipta suasana seolah-olah berada di taman mistik.

Dua kolam teratai berlapis di sisi serta gerbang besar berbentuk bunga teratai turut disediakan sebagai latar bergambar yang menawan. Sepanjang kempen, pengunjung boleh menikmati persembahan tarian klasik Bharatanatyam dan menyertai Bengkel Lukisan Inai khas pada 20 Oktober 2025.

Sebagai tanda penghargaan, pembeli turut berpeluang menikmati ganjaran istimewa seperti belanja RM1,000 ke atas dalam dua resit untuk menerima e-Baucar Suria KLCC bernilai RM50, atau pembelian e-Baucar bernilai RM1,000 di laman web Suria KLCC bagi mendapatkan baucar tambahan RM100.

Di Alamanda Shopping Centre, suasana Deepavali turut diserikan dengan keindahan dekorasi bertemakan ‘Lotus of Light’. Reka bentuk kolam bunga teratai dan gerbang bercahaya di Centre Court menjadikan ruang tersebut latar sempurna untuk merakam kenangan indah bersama keluarga dan rakan-rakan.

Lagi artikel di ifon.my  Spice Guys Bawa Pengalaman Makan Nasi Daun Pisang Pertama di Suria KLCC

Para pelanggan juga berpeluang menikmati ganjaran menarik seperti belanja RM500 ke atas dalam dua resit untuk menerima e-Baucar Alamanda bernilai RM30, atau belanja RM1,500 ke atas dalam dua resit untuk menerima e-Baucar bernilai RM80.

Selain itu, Alamanda meneruskan inisiatif Jualan Pin Reben Hijau, usaha amal bagi mengumpul dana serta meningkatkan kesedaran mengenai kesihatan mental melalui kerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) terpilih, satu langkah bermakna yang mencerminkan empati dan keprihatinan terhadap masyarakat.

Di pantai timur, Mesra Mall di Terengganu menyalakan cahaya Deepavali dengan sambutan khas dari 16 hingga 26 Oktober 2025. Dekorasi berinspirasikan bunga teratai menghiasi ruang legar pusat beli-belah, menghadirkan suasana penuh warna, keceriaan dan kehangatan yang menyatukan pengunjung dari pelbagai latar belakang.

Kempen ini mencerminkan komitmen Mesra Mall untuk meraikan kepelbagaian budaya dan keterangkuman, seiring semangat Deepavali yang membawa cahaya, harapan dan perpaduan kepada semua.

Melalui kempen ‘Lotus of Light’, Kumpulan Suria KLCC bukan sekadar menyambut pesta cahaya, tetapi turut menyalakan sinar kasih dan perpaduan yang menjadi nadi keharmonian masyarakat majmuk di Malaysia.

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

ATLAS Vending dan SW Corp Kukuhkan Agenda Hijau Negara dengan Pemasangan 50 Unit ECOPOD

Tron:Ares Menakjubkan!