in ,

vivo Perkenal Siri X300 di Malaysia, Buka Era Baharu Pengimejan Mudah Alih Terunggul

Kuala Lumpur, 13 November 2025 – vivo Malaysia semalam melancarkan siri telefon pintar terbaharu, vivo X300 dan vivo X300 Pro, sebagai penanda aras baharu bersempena ulang tahun ke-30 vivo.

Siri ini memperlihatkan komitmen vivo terhadap inovasi berfokuskan pengguna melalui keupayaan pengimejan 200 MP ZEISS Ultra-Clear Imaging, yang menetapkan standard baharu dalam fotografi mudah alih.

Selain pengimejan, siri X300 turut menampilkan peningkatan menyeluruh merangkumi prestasi, reka bentuk dan sistem operasi bagi memberikan pengalaman penggunaan yang lebih lancar, kemas serta bertaraf premium.

Acara pelancaran siri X300 disiarkan secara langsung dan dirakam sepenuhnya menggunakan vivo X300 Pro, yang merakam setiap persembahan dengan ketajaman, kelajuan dan keupayaan telefoto yang mengagumkan.

Selepas penyertaan vivo dalam KFinity Music Festival awal bulan ini, vivo Malaysia akan meneruskan kerjasama dengan artis popular seperti Accusefive untuk menonjolkan bagaimana siri X300 mendefinisikan semula pengalaman muzik, kreativiti dan tontonan acara secara langsung.

vivo X300 Pro hadir dengan Kamera Telefoto ZEISS APO 200 MP berasaskan Ultra-Sensing Sensor HPB untuk pengalaman 200 MP ZEISS Ultra-Clear Imaging yang lebih mengesankan. Kamera Utama 50 MP ZEISS Gimbal-Grade pula menggunakan sensor 1/1.28 inci dan penstabilan CIPA 5.5 bagi tangkapan lebih stabil, pantas dan jelas.

Cip Pro Imaging VS1 turut meningkatkan kelajuan pemprosesan imej serta mengurangkan hingar dengan ketara. vivo X300 pula menampilkan Kamera Utama ZEISS 200 MP bersama Sensor Ultra-Sensing HPB dan penstabilan CIPA 4.5 untuk hasil ultra-jelas bertaraf profesional.Kedua-dua model menerima peningkatan pada kamera hadapannya, iaitu 50 MP ZEISS Wide-Angle dengan autofokus.

Siri X300 juga serasi dengan vivo ZEISS 2.35x Telephoto Extender Kit, yang memberikan ketajaman lebih tinggi, perincian lebih halus dan kesan latar kabur semula jadi, sesuai untuk merakam pemandangan luas di konsert, acara sukan atau aktiviti luar.Mode Pentas 2.0 membolehkan rakaman setiap detik dari pelbagai sudut.

Lagi artikel di ifon.my  Bengkel Kamera vivo V50 Meriahkan One Utama dengan Aktiviti Menarik

Rakaman 4K Stage All-in-One pula membolehkan penggambaran foto beresolusi tinggi sambil merakam video. Fungsi Dual-View Stage Video membolehkan penggunaan dua kamera secara serentak untuk merakam subjek dan penghibur dalam satu bingkai. Siri vivo X300 turut menghasilkan potret ultra-jelas dengan ciri seperti ZEISS Natural Portrait, Multi-Focal HD Portrait, Night Portrait serta Portrait Snapshot merentas semua jarak fokus.

Dalam rakaman video, kedua-dua model menyokong 4K 120 fps, manakala vivo X300 Pro menambah keupayaan 4K 120 fps Dolby Vision Video dan 4K 120 fps 10-bit Log Video bagi memberikan julat dinamik lebih luas dan fleksibiliti pasca-produksi. AI Image Studio pula menyediakan fungsi seperti AI One-Shot Multi-Crop, AI Landscape Master serta Live Photo Passerby Erase untuk pemprosesan imej yang lebih kreatif dan mudah.

OriginOS 6 turut diperkenalkan bersama siri X300 sebagai pengalaman sistem operasi baharu di Malaysia. Disokong Ultra-core Computing, Memory Fusion dan Dual Rendering, ia menawarkan penggunaan lebih lancar dan semula jadi. Origin Smooth Engine mengoptimumkan keseluruhan proses daripada pengkomputeran hingga paparan, manakala Sistem Reka Bentuk Serba Baharu memperkenalkan antaramuka yang anggun dan mudah digunakan.

Flip Cards membolehkan perubahan gaya skrin kunci dengan memiringkan peranti. Origin Island pula menyediakan cadangan pintar dan peringatan masa nyata bagi mesyuarat, muzik dan kegunaan harian. vivo Office Kit meningkatkan produktiviti dengan fungsi paparan skrin ke komputer, pemindahan fail dan penyelarasan nota pelbagai peranti. Siri ini turut menerima sokongan Kemas Kini Sistem selama 5 tahun.

Dari segi prestasi, siri vivo X300 dikuasakan cip Dimensity 9500 hasil kerjasama vivo dan MediaTek, berasaskan proses N3P untuk kecekapan tenaga dan kelajuan yang lebih tinggi.

CPU all-big-core generasi ketiga, GPU 12-teras G1-Ultra dan NPU berkecekapan tinggi memberikan prestasi unggul. Sistem BlueVolt Battery menggabungkan teknologi anod silikon generasi keempat dan elektrolit separa pejal untuk kapasiti lebih besar dan kebolehpercayaan lebih kukuh.

Lagi artikel di ifon.my  OriginOS 6 Tiba di Malaysia, Eksklusif untuk 500 Pengguna Terawal

Sistem Bypass Charging turut dipertingkat bagi pengecasan lebih selamat dan stabil.vivo X300 Pro hadir dengan bateri 6510 mAh, manakala vivo X300 menawarkan 6040 mAh.

Kedua-duanya menyokong pengecasan pantas 90W FlashCharge dan 40W Wireless FlashCharge. Siri ini menggunakan paparan 8T LTPO dengan kecerahan sehingga 2000 nit bersama 2160 Hz Full-Range Luminance PWM Dimming dan Full-Range DC Dimming untuk keselesaan mata.

Reka bentuk siri vivo X300 menampilkan Unibody 3D Glass yang menyatukan modul kamera secara harmoni, dengan kemasan belakang velvet coral yang licin dan tahan cap jari. vivo X300 menawarkan paparan 6.31 inci dalam badan 190g dan setebal 7.95mm, manakala vivo X300 Pro hadir dengan paparan 6.78 inci dalam tubuh 7.99mm.

vivo X300 tersedia dalam Phantom Black, Mist Blue dan Halo Pink, manakala vivo X300 Pro hadir dalam Phantom Black, Mist Blue dan Dune Brown.

vivo X300 (16GB + 512GB) ditawarkan bermula RM3,899, manakala vivo X300 Pro (16GB + 512GB) bermula RM4,699. Pra-tempahan dibuka sehingga 21 November 2025 di semua kedai konsep vivo dan platform dalam talian.

Hadiah pra-tempahan bernilai sehingga RM2,872 turut ditawarkan.Promosi Pelan Ansuran berlangsung dari 22 November 2025 hingga 28 Februari 2026, termasuk pelan ansuran 0% sehingga 24 bulan dan rebat segera RM100 melalui bank terpilih. Kempen Beli Sekarang, Bayar Kemudian pula menawarkan diskaun dan rebat melalui SPayLater serta PayLater oleh Grab.

Pilihan tukar beli turut tersedia dengan rebat sehingga RM300 bagi peranti terpilih. Aksesori seperti Telephoto Extender dan Grip Kit turut ditawarkan pada harga istimewa untuk pemilik siri X300.

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

Nothing Perkenal Phone (3a) Lite : Gaya Ikonik, Prestasi Hebat pada Harga Mampu Milik