in ,

iOS 27 Beta versi paling stabil?

iOS 27 baru sahaja diperkenalkan pada 9 Jun 2026 sempena WWDC26, dengan versi Beta untuk Pembangun Perisian dilancarkan pada hari yang sama.

Walaupun ia khusus kepada pembangun, seperti biasa ramai pengguna biasa mengambil keputusan untuk memasangnya lebih awal bagi mencuba pelbagai ciri baharu.

Secara peribadi, saya boleh mengatakan iOS 27 Beta (Pembangun) merupakan antara versi beta paling stabil yang pernah saya gunakan dalam tempoh kira-kira separuh dasawarsa.

Malah, kali terakhir saya merasakan pengalaman yang hampir sama adalah ketika pelancaran iOS 12. Prestasinya memuaskan, penggunaan harian terasa lancar dan saya tidak menemui isu besar yang benar-benar mengganggu pengalaman penggunaan. Kini hanya tinggal dua fasa pelancaran lagi.

Saya menjangkakan Apple akan memperkenalkan iOS 27 Beta (Awam) pada 14 Julai 2026, jam 1.00 pagi waktu tempatan, manakala versi akhir atau Golden Master (GM) dijangka menyusul pada 15 September 2026.

Lagi artikel di ifon.my  iOS 12 BETA 10 Dan iOS 12 Public BETA 8 Sedia Untuk Dikemaskini

Namun begitu, tarikh ini hanyalah jangkaan dan pandangan peribadi saya berdasarkan corak pelancaran Apple sebelum ini. Berbeza dengan Beta untuk Pembangun, versi Beta (Awam) lazimnya menawarkan pengalaman yang lebih stabil dengan risiko pepijat yang lebih rendah.

Embuh-embuhan begitu, kedua-dua versi ini masih dalam fasa pengujian. Pengguna masih berpotensi berdepan masalah keserasian aplikasi pihak ketiga seperti aplikasi perbankan, WhatsApp, Threads dan beberapa aplikasi lain yang mungkin belum dioptimumkan sepenuhnya.

Atas sebab itu, saya masih kurang menggalakkan pengguna biasa memasang iOS 27 Beta, sama ada versi Pembangun mahupun Awam.

Seperti kebiasaan, setiap kali versi beta dilancarkan, pasti ada pengguna yang memasangnya tanpa memahami risikonya. Apabila timbul masalah pada iPhone atau iPad, mereka menghubungi saya untuk mendapatkan bantuan.

Lagi artikel di ifon.my  iOS 27 Mungkin Membawa Hayat Bateri iPhone Yang Lebih Baik

Namun apabila saya mencadangkan supaya mereka menurunkan semula sistem kepada iOS 26 atau iPadOS 26, ramai yang tidak mengetahui cara melakukannya.

Pada pandangan saya, jika anda berani memasang versi beta, anda juga perlu memahami risiko yang bakal dihadapi serta mengetahui proses untuk kembali ke versi stabil sekiranya berlaku masalah.

Tuntasnya, , setakat ini iOS 27 memberikan maklum balas yang sangat positif kepada saya.Walaupun masih dalam fasa pengujian, tahap kestabilannya amat mengagumkan dan mengingatkan saya kepada pengalaman menggunakan iOS 12 suatu ketika dahulu.

Kini, kita hanya perlu menunggu sama ada Apple mampu mengekalkan momentum ini sehingga pelancaran rasmi pada September nanti atau sebaliknya.

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

ATLAS Lancar Inisiatif Teknologi Bantu Tangani Jurang Nutrisi Murid Sekolah

GSC Perkukuh Kedudukan Dengan Pelancaran Dewan IMAX dengan Laser di IOI Mall Damansara