in

John Giannandrea Dinaikkan Pangkat Sebagai Timbalan Presiden Kanan Di Apple

Sekiranya anda peminat dunia teknologi kecerdasan buatan tentu sekali anda mengenali John Giannandrea yang sebelum ini mengetuai Google dalam pembangunan Google Search dan teknologi kecerdasan buatan (Artificial intelligent).

Google boleh dikatakan antara syarikat yang paling aktif dalam pembangunan kecerdasan buatan. Tidak hairanlah semasa acara Google I/O, Sundar Pichai telah mengejutkan penonton dengan pelancaran Google Duplex.

Jika sebelum ini Apple banyak mencetuskan revolusi baharu dalam era teknologi. Namun untuk teknologi kecerdasan buatan mereka belum dapat menandingi Google.

Kerana itulah pada April 2018, Apple berjaya memujuk John Giannandrea untuk bekerja di Apple di mana beliau dipertanggungjawabkan dalam pembangunan SIRI dan Core ML.

Lagi artikel di ifon.my  Dan Riccio "Hampir Bersara"

ECC6-B8-ED-31-EE-4-E51-9-BB1-82-E28-A9-E804-B

Dengan pekembangan terbaharu ini, John Giannandrea telah dilantik sebagai Timbalan Presiden Kanan Pembelajaran Mesin dan Strategi AI yang mana beliau dipertanggungjawabkan untuk melapor terus kepada Tim Cook.

Apple sebelum ini boleh dikatakan terkehadapan dalam pembangunan SIRI yang mana inovasi ini telah mencapai usia 7 tahun.

Pada ketika itu, tiada siapa yang mampu menandingi kehebatan SIRI. Oleh kerana Apple terlalu selesa, Google dan Amazon telah menghasilkan produk mereka sendiri iaitu Google Assistant dan Amazon Alexa.

Sejak pelancaran kedua-dua produk ini, SIRI seolah ketinggalan dari segi kepintaran berbanding Google Assistant dan Amazon Alexa.

9-C108-EFB-6669-4-C20-8683-8-A2-A6-FB9-EBDB

Tidak hairanlah mengapa Apple HomePod tidak mendapat perhatian dikalangan peminat Apple.

Lagi artikel di ifon.my  Johny Srouji Kekal Di Apple

Intihanya, dengan pelantikan individu yang dirisik dari Google ini. Sedikit sebanyak ia mampu merevolusikan SIRI ke satu tahap yang sukar dicapai oleh pesaing.

Apple harus mengembalikan era kegemilangan dalam menghasilkan produk diluar imiginasi manusia biasa.

SEKADAR PANDANGAN

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

Apple Mengesahkan Bahawa Isu Bengkok Pada iPad Pro 2018 Adalah Perkara Normal

DxOMark: Scor Bagi Google Pixel 3 Setaraf iPhone XR