in ,

Apple Watch Siri 12 Mungkin Tampil Dengan Sensor Pada Tali Jam

Apple sekali lagi menjadi perhatian selepas timbul khabar angin yang mendakwa Apple sedang menguji pendekatan baharu untuk Apple Watch Siri 12.

Jika selama ini hampir semua sensor kesihatan ditempatkan pada bahagian belakang jam, kali ini Apple dikatakan sedang mempertimbangkan untuk memindahkan sebahagian sensor tersebut terus ke tali jam.

Maklumat ini dikongsikan oleh sebuah akaun di platform X yang dikenali sebagai Kosutami. Namun begitu, setakat ini beliau masih belum mempunyai rekod ketepatan (track record) yang kukuh dalam membocorkan maklumat berkaitan Apple.

Justeru, kesahihan dakwaan ini masih menjadi tanda tanya dan wajar dianggap sebagai khabar angin semata-mata sehingga disahkan sendiri oleh Apple.

Sekiranya menjadi kenyataan, ia bakal menjadi antara perubahan paling menarik dalam sejarah Apple Watch.

Lagi artikel di ifon.my   Rekabentuk LG V40ThinQ Tertiris

Bukan sahaja ruang dalaman jam dapat dioptimumkan, malah Apple berpotensi menghasilkan reka bentuk yang lebih nipis dan ringan, di samping memberi lebih banyak ruang untuk bateri atau komponen baharu.

Dari sudut pandang saya, jika Apple benar-benar mengalihkan sensor ke tali jam, ia bukan sekadar perubahan kosmetik. Langkah ini boleh membuka ruang kepada ekosistem aksesori yang lebih pintar, di mana tali jam tidak lagi berfungsi sebagai pelengkap gaya semata-mata, sebaliknya menjadi komponen penting dalam pemantauan kesihatan pengguna.

Kendatipun begitu, terdapat satu lagi persoalan besar. Adakah Apple sanggup mengorbankan keserasian dengan koleksi tali jam sedia ada?

Jika reka bentuk baharu memerlukan mekanisme sambungan yang berbeza, pengguna mungkin perlu membeli tali jam generasi baharu, sesuatu yang pastinya mengundang pelbagai reaksi.

Lagi artikel di ifon.my  Pembatalan MicroLED Memberi Impak Kepada Kilang ams OSRAM di Kulim Kedah?

Buat masa ini, semua ini masih berada dalam ranah spekulasi. Selagi tiada bukti yang lebih kukuh atau laporan daripada sumber yang mempunyai rekod ketepatan yang baik, dakwaan ini wajar diambil dengan sikap berhati-hati.

Namun, jika ia menjadi kenyataan, Apple Watch Series 12 berpotensi membawa satu lagi evolusi dalam teknologi kesihatan boleh pakai Apple.

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

HUAWEI MatePad Pro Max Kini Rasmi Di Malaysia, Tablet Flagship Ultra Nipis Dengan Kuasa AI Bermula RM5,999