in ,

HUAWEI MatePad Pro Max Kini Rasmi Di Malaysia, Tablet Flagship Ultra Nipis Dengan Kuasa AI Bermula RM5,999

HUAWEI Malaysia secara rasminya memperkenalkan HUAWEI MatePad Pro Max ke pasaran tempatan, sekali gus memperkukuhkan lagi penawaran tablet premium mereka yang menggabungkan prestasi, produktiviti dan kreativiti dalam sebuah peranti yang cukup elegan. Tablet ini ditawarkan pada harga RM5,999, lengkap dengan hadiah percuma bernilai sehingga RM3,154.  

Dibangunkan sebagai tablet flagship ultra nipis, HUAWEI MatePad Pro Max bukan sekadar memfokuskan kepada prestasi perkakasan, malah turut memanfaatkan keupayaan kecerdasan buatan (AI) untuk menjadikan pengalaman bekerja dan berkarya lebih lancar. Sama ada untuk golongan profesional, pelajar mahupun pencipta kandungan, peranti ini direka bagi memenuhi keperluan produktiviti moden tanpa mengorbankan mobiliti.  

Antara kekuatan utama tablet ini ialah sokongan AI-powered PC-level WPS Office yang membolehkan pengguna menyediakan dokumen, menghasilkan pembentangan, memperkemas kandungan dan menganalisis data dengan lebih pantas. Pengalaman tersebut dipertingkatkan lagi menerusi gabungan HUAWEI Glide Keyboard dan HUAWEI M-Pencil Pro, menjadikan penggunaan tablet ini hampir menyamai pengalaman menggunakan sebuah komputer riba.  

Lagi artikel di ifon.my  Huawei Yakin Cip Pemprosesan Kirin 980 Mengatasi Apple A12 Bionic

Tidak terhenti di situ, aplikasi HUAWEI Notes turut diperkasa dengan pelbagai ciri AI seperti AI Handwriting Enhancement, AI Equation Recognition, Note Replay dan keupayaan kolaborasi dalam talian. Bagi mereka yang gemar melakar atau menghasilkan karya digital, aplikasi HUAWEI GoPaint pula menyediakan pelbagai alatan profesional dan berus digital yang mampu memenuhi keperluan artis, ilustrator serta pereka grafik.  

Dari sudut rekaan, HUAWEI MatePad Pro Max tampil dengan ketebalan hanya 4.7mm dan berat sekitar 509 gram, menjadikannya antara tablet flagship paling nipis dalam kelasnya. Rekaan ini memudahkan pengguna membawanya ke mana sahaja, sama ada untuk bekerja di pejabat, mengikuti kuliah, menghasilkan karya di studio mahupun ketika berada dalam perjalanan.  

HUAWEI turut menawarkan pakej nilai tambah yang cukup menarik. Setiap pembelian HUAWEI MatePad Pro Max disertakan hadiah percuma bernilai sehingga RM3,154, termasuk HUAWEI M-Pencil Pro, HUAWEI Wireless Mouse, lesen AI-powered PC-level WPS Office, AI-powered HUAWEI Notes, jaminan APAC selama setahun serta perlindungan PaperMatte Display Care selama setahun. Tablet ini kini boleh didapati di semua HUAWEI Experience Store serta saluran jualan rasmi HUAWEI.  

Lagi artikel di ifon.my  Huawei nova 15 Max Dilancarkan: Bateri 8,500mAh Terbesar Dalam Sejarah Huawei

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

Apple The Exchange TRX: Simbol Seni Bina Moden Yang Menyatukan Teknologi dan Alam Semula Jadi

Apple Watch Siri 12 Mungkin Tampil Dengan Sensor Pada Tali Jam