Baru-baru ini beberapa gambar yang kotak jualan OnePlus 6T telah tiris di Weibo. Walaupun OnePlus 6 baru sahaja dilancarkan beberapa bulan lepas, namun tidak mustahil mereka sedang dalam perancangan untuk melancarkan OnePlus 6T tidak lama lagi.
Mengikut beberapa gambar yang tertiris, peranti ini berkemungkinan akan mempunyai sensor imbasan cap jari terbina di skrin seperti yang dapat dilihat di kotak OnePlus 6T ini.
Selain itu, kita juga dapat menganggap bahawa peranti ini bakal mempunyai bentuk notch yang baru berbanding OnePlus 6. Notch untuk 6T berbentuk waterdrop sama seperti peranti OPPO F9.
Namun begitu, tidak banyak yang dapat kita ketahui berdasarkan gambar yang tertiris ini. Spesifikasi peranti ini juga tidak dapat dipastikan namun seperti peranti OnePlus yang sebelum ini, dapat dijangka bahawa ia akan menggunakan komponen-komponen terkini di pasaran.
Sumber: SlashLeaks