Seperti dijangka beberapa model iPhone bakal ditamatkan penjualanya dan tidak lagi berada di pasaran. Antara model iPhone yang terlibat termasuklah iPhone X, iPhone 6S, iPhone 6S Plus dan iPhone SE.
Walaupun secara zahirnya kesemua model tersebut ditamatkan secara rasmi, anda masih boleh membelinya di Pusat Jualan Apple dengan harga yang sedikit rendah berbanding harga semasa.
Jika dilihat iPhone 6 32GB mampu dijual pada harga RM1,099.00 walaupun secara rasminya Apple telah menamatkan perjualanya setahun yang lalu.
Saya menjangkakan terdapat penurunan harga yang tinggi bagi kesemua model terlibat bagi membolehkan Pusat Jualan Apple menghabiskan stok yang masih ada.
Setakat ini masih belum jelas sama ada Pusat Jualan Apple terpaksa memulangkan kembali lebihan iPhone yang tidak dijual kepada Apple atau sebaliknya.
Namun, jika mereka harus menjualnya saya yakin harga bagi iPhone X akan diturunkan sedikit rendah berbanding harga sekarang iaitu RM4,857.00.
iPhone 6S, iPhone 6S Plus dan iPhone SE dijangka akan dijual pada harga bawah RM2,00.00 yang mana iPhone SE besar kemungkinan akan dijual bawah RM1,300.00 sahaja.
Oleh yang demikian, bagi pengguna yang mempunya bajet yang rendah, anda masih boleh membeli iPhone tersebut memandangkan ia masih releven di pasaran berbanding iPhone 6.
SEKADAR PANDANGAN