in ,

Adakah Pengguna iPhone 5s, iPhone 6 Dan iPhone 6 Plus Perlu Menukar iPhone Baharu?

Umum mengetahui, Apple telah melancarkan iPhone Xs, iPhone Xs Max dan iPhone Xr. Maka timbul satu persoalan dikalangan pengguna iPhone 5S, iPhone 6 dan iPhone 6 Plus adakah mereka perlu membeli model yang terbaharu?

Kali ini saya terpanggil untuk berkongsi sedikit pandangan berkaitan isu ini bagi memastikan anda tidak terlalu ghairah untuk menggantikan iPhone anda.

Menjawap kepada persoalan tadi, secara umumnya adalah penting untuk anda membuat beberapa ujian kendiri (self assessment) terhadap iPhone anda sebelum menoktahkan kepada soalan yang dikemukakan ini.

Berikut merupakan antara perkara yang perlu anda semak dan imbang bagi menjawab persoalan ini.

1- Mengemaskini iOS 12

5b1aa2641ae6624b008b4e35-750-375_1

Pada WWDC 2018, Craig Federighi telah memaklumkan bahawa iOS 12 menumpukan kepada prestasi yang optimum terhadap peranti terdahulu termasuklah iPhone 5S dan iPhone 6/Plus.

iOS 12 menjanjikan 40% kepantasan membuka aplikasi, 50% kecepatan dalam membuka papan kekunci dan 70% dalam membuka kamera.

iOS 12 dilepaskan pada 18 September 2018 dan telah mendapat maklumbalas yang sangat positif dikalangan pengguna.

Oleh yang demikian, bagi pengguna iPhone 5s dan iPhone 6/Plus, adalah digalakkan untuk anda membuat kemaskini menggunakan iTunes atau kaedah IPSW. File .ipa boleh dimuat turun di laman www.ipsw.me.

Dengan mengemaskini iOS 12 menggunakan kaedah iTunes atau IPSW, sedikit sebanyak ia dapat mengelakkan sebarang ralat (bug) berbanding mengemaskini menggunakan Over The Air (OTA).

Lagi artikel di ifon.my  Kos Penghasilan iPhone Xs Max 256GB Adalah Sekitar RM1,834.00

Walaupun tiada kenyataan rasmi dari Apple bahawa anda harus mengemaskini menggunakan iTunes atau IPSW, berdasarkan pengalaman saya untuk peranti yang sudah berusia lebih dua (2) tahun amatlah digalakkan menggunakan kaedah tersebut.

Setelah anda mengemaskini iOS 12, sila membuat pemerhatian berhubung prestasi iPhone adakah ia memuaskan atau sebaliknya.

2- Keaslian iPhone

apple-iphone-6-2016-ios-10-gallery-img-2-101016

iPhone 6

Seperti diketahui pasaran iPhone di Malaysia dihujani dengan iPhone MY Set, Imported Set, Refurbish dan Locked Set. Namun, kita lupa bahawa iPhone yang telah dibaiki atau pernah dibuka selain Pusat Servis Apple akan memberikan kesan buruk pada iPhone.

IMG_20180921_182429

Hakikatnya Apple sangat serius terhadap penggunaan barangan tiruan pada iPhone mereka. Tidak hairanlah kebanyakan masalah yang dihadapi oleh pengguna iPhone disebabkan kemaskini iOS.

Oleh yang demikian bagi pengguna yang menggunakan komponen tiruan termasuklah bateri, berkemungkinan ia akan memberi kesan negatif terhadap iPhone anda.

3- Penukaran Bateri

Umum mengetahui bahawa Apple telah mencetuskan satu kontroversi di mana pihak mereka telah memperlahankan prestasi iPhone disebabkan oleh jangka hayat bateri yang semakin menurun.

Oleh yang demikian, bagi mengelakkan isu ini berlarutan pihak Apple telah mengadakan promosi penukaran bateri bagi iPhone 6/Plus ke atas bermula Januari 2018 dan berakhir 31 Disember 2018.

Screen_Shot_2018-09-18_at_11.04.38_AM_1024x1024

Dengan harga serendah RM121 rasanya inilah peluang anda untuk menukar bateri pada iPhone 6/Plus bermula sekarang.

Tahukah anda dengan menukar bateri pada iPhone 6/Plus, ia menjanjikan prestasi yang lebih baik berbanding sebelum ini.

Penukaran bateri bagi iPhone 6/Plus yang berusia lebih dari dua (2) tahun amatlah digalakkan bagi memastikan iPhone 6/Plus anda kembali normal.

Lagi artikel di ifon.my  Ramalan Awal iPhone 14

Mungkin ramai merungut mengapa iPhone 6/Plus mereka semakin perlahan dan menyalahkan iOS dan usia iPhone sebagai punca. Hakikatnya punca utama mengapa prestasi iPhone anda semakin menurun adalah disebabkan oleh jangka hayat bateri.

Bagi saya amatlah digalakkan untuk anda menukar bateri bagi melihat sejauh mana iPhone 6/Plus mampu meningkatkan prestasi seperti normal.

Kesimpulan

Intihanya, sekiranya anda kurang berkemampuan namun terpaksa membeli iPhone yang baharu akibat dari prestasi semakin menurun, saya amat mengalakkan anda mengikut tip yang telah saya kongsikan ini.

Setiap pengguna mempunyai tahap penggunaan iPhone berbeza-beza. Antaranya

1- Membeli iPhone setiap tahun atas faktor minat pada dunia teknologi.

2- Guna selagi ia belum rosak.

3- iFag

Penulisan kali ini saya tujukan kepada pengguna kedua dan berharap anda tidak membazirkan wang sedangkan anda mampu mengembalikan prestasi iPhone 5S dan iPhone 6/Plus.

Walaupun iPhone 5s tidak layak untuk menukar bateri iPhone pada harga RM121. Namun anda boleh mencuba kaedah pertama dan kedua bagi melihat sejauh mana ia berguna buat anda.

SEKADAR PANDANGAN

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

Disebalik tabir penghasilan grafik muka Apple Watch Series 4

Apple Menerbitkan Iklan Terbaharu Apple Watch Siri 4