in ,

iPhone 18 Pro Dijangka Hadir Dengan Bateri Lebih Besar.

Sebermula, antara rungutan paling lazim dalam kalangan pengguna telefon pintar ialah ketahanan bateri. Lazimnya, pengguna akan menilai sesebuah telefon berdasarkan tempoh penggunaannya dalam dunia sebenar, bukannya sekadar angka pada helaian spesifikasi.

Arakian, dokumen pensijilan yang muncul dalam pangkalan data kawal selia China didakwa mendedahkan kapasiti bateri bagi siri iPhone 18 Pro. Jika maklumat ini tepat, iPhone 18 Pro akan menerima peningkatan kepada 4,056mAh (model SIM fizikal) dan 4,288mAh (model eSIM). Sementara itu, iPhone 18 Pro Max dikatakan bakal menikmati lonjakan kepada 5,391mAh (SIM fizikal) dan 5,567mAh (eSIM).

Embuh-embuhan begitu, angka mAh yang lebih besar tidak semestinya diterjemahkan kepada hayat bateri yang lebih panjang. Galibnya, pengguna sering terperangkap dengan persepsi bahawa kapasiti bateri ialah ukuran mutlak prestasi. Hakikatnya, kecekapan cip A20 Pro, modem, paparan serta pengurusan kuasa melalui iOS memainkan peranan yang jauh lebih besar.

Lagi artikel di ifon.my  Apple Dikatakan Rancang Pembaharuan Besar Barisan Peranti Pada 2027

Tamsilnya, sebuah kereta dengan tangki minyak yang besar belum tentu mampu bergerak lebih jauh sekiranya enjinnya tidak cekap. Begitu jugalah dengan telefon pintar. Natijahnya, pengalaman penggunaan harian jauh lebih penting daripada sekadar membandingkan angka mAh.

Apa yang lebih menarik ialah lonjakan kapasiti pada model iPhone 18 Pro Max. Langkah ini memperlihatkan prerogatif Apple yang semakin memberi perhatian terhadap ketahanan bateri, sekali gus mengukuhkan kedudukannya dalam bumantara telefon pintar yang semakin kompetitif. Tatkala para pesaing berlumba-lumba menawarkan bateri lebih besar, Apple dilihat mula merencana strategi yang lebih seimbang antara prestasi, kecekapan dan jangka hayat penggunaan.

Kendatipun begitu, semua maklumat ini masih berstatus kebocoran dan belum disahkan secara rasmi. Apple mempunyai wewenang penuh untuk mengubah spesifikasi sebelum pelancaran rasmi. Saban tahun, pelbagai laporan awal muncul, namun tidak semuanya menjadi kenyataan apabila produk diperkenalkan kelak.

Lagi artikel di ifon.my  Microsoft, Google Dan Apple

Pawaka persaingan dalam industri telefon pintar terus meruap, memaksa setiap pengeluar menginjak ke tahap inovasi yang lebih tinggi. Apple pastinya tidak mahu rebang dalam perlumbaan ini. Madah yang sering diungkapkan dalam dunia teknologi bahawa “spesifikasi bukan segala-galanya” masih relevan, namun akhirnya pengguna tetap akan menentukan sama ada peningkatan ini benar-benar membawa perubahan yang bermakna.

SEKADAR PANDANGAN

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

Microsoft Buang Hampir 4,800 Pekerja