Indonesia pada waktu ini menyekat penjualan iPhone 16 untuk negara mereka. Sekatan ini rentetan ketidakpatuhan terhadap syarat yang ditetapkan oleh pemerintah termasuk Apple perlu membuat pelaburan di negara Garuda Pancasila ini.
Selain itu, Apple gagal mematuhi Tingkat Komponen Dalam Negeri (TKDN) yang merujuk kepada pematuhan Apple untuk memastikan komponen yang dihasilkan perlu dihasilkan dalam negara dan bukan 100% diimport. Secara peribadi, langkah yang dilakukan oleh pemerintah memberi kesan positif bagi negara terutama dari segi ekonomi, modal insan dan mengurangkan pengangguran. Indonesia merupakan salah sebuah negara dengan ekonomi terbesar di ASEAN.
Dengan kuasa serta pengaruh sedikit sebanyak mampu memberi tekanan kepada Apple. Di Eropah sebagai contoh, Apple terpaksa mengikut segala polisi serta peraturan yang ditetapkan. Hal ini disebabkan Eropah merupakan penyumbang kedua terbesar bagi pendapatan Apple setiap tahun. Tidak hairanlah mengapa Apple terpaksa mengikut segala kehendak Kesatuan Eropah bagi memastikan pendapatan mereka tidak terjejas.
Walaupun Indonesia tidak tersenarai antara penyumbang terbesar. Beberapa tahun kebelakangan ini prestasi jualan dan sambutan terhadap iPhone dilihat positif dan antara salah sebuah penyumbang terbesar di rantau Asia Pasifik. Saya menjangkakan Apple tidak mengambil tindakan agresif untuk mematuhi segala syarat yang ditetapkan oleh kerajaan Indonesia dalam tahun ini Tidak mustahil perbincangan serius antara Apple dan kerajaan Indonesia direalisasikan yang menerima impak pada 2025.
SEKADAR PANDANGAN