in

Lebih Aksi: Drama Bersiri One Cent Thief 2 : Digital Karma Bakal Menemui Penonton 2025

Setelah sekian lama menunggu, One Cent Thief musim kedua bakal menemui penonton bermula tahun 2025. Drama bersiri berkonsep jenayah ini mengekalkan barisan pelakon asal termasuk Syafiq Kyle (Iman Shah), Azira Shafinaz (Intan), Faizal Hussein (Abah), Fabian Loo (Chen), Sofia Jane (Ibu Zara) serta muka baharu antaranya Trisha Ooi (Diyana), Syarul Ezani (Dzia) dan Shashi Tharan (Captain Chandran).

One Cent Thief 2 mengisahkan Iman Shah, juga dikenali sebagai ‘the One Cent Thief’ terpaksa bekerjasama dengan kumpulan jenayah siber, Digital Karma untuk menjatuhkan Ibu Zara, tokan dadah yang kini bergelar ahli politik berpengaruh.

Drama bersiri lapan episod ini akan ditayangkan di platform Astro Go, On Demand & Astro Premier dengan setiap siri berdurasi 45 hingga 55 minit.

Penggambaran dianggarkan mengambil masa 48 hari dengan lokasi tertumpu di Lembah Klang serta Johor. Berbeza dengan musim pertama, One Cent Thief 2 tertumpu di luar bank dengan aksi yang lebih mendebarkan. Menurut Sutradara Ariff Zulkarnain, filem kali ini turut mempersembahkan babak letupan serta bilangan pelakon tambahan yang ramai.

Semalam kami berpeluang melawat salah satu lokasi penggambaran di Jalan Lapangan Terbang Lama, Pengkalan Tentera Udara Diraja Malaysia. Melihat kepada kesiapsiagaan lokasi yang lebih menarik menzahirkan One Cent Thief 2 bakal menyajikan drama yang lebih mantap.

Saya percaya One Cent Thief 2 bakal menjadi salah satu drama bersiri terbaik bagi tahun 2025 dengan aksi yang lebih padat serta kesan emosi berganda berbanding musim pertama. Nantikan video rangkuman lawatan kami ke set penggambaran sedikit masa lagi.

Jutaan terima kasih kepada Astro Shaw kerana menjemput kami ke set penggambaran One Cent Thief 2 serta menemu ramah barisan pelakon utama.

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

vivo siri V40 Mencipta Imej Potret Bertaraf Profesional Sempena Nights Of Fright 10