in ,

Hukum Membeli Waranti Tambahan

Hukum Membeli Waranti Tambahan

Sebelum ini saya ada mengemukakan soalan kepada Jabatan Mufti Selangor dan jawatan tersebut telah saya kongsi di sini serta blog ifon.my.

Berikut soalan saya kemukakan kepada Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan tentang perkara ini dan diharap menjadi rujukan semua.

Assalamualaikum, saya merupakan seorang penulis yang memfokuskan kepada dunia teknologi.

Saya terpanggil untuk bertanya beberapa soalan agar jawapan daripada YBhg. Datuk Prof. Madya Dr. dapat saya kongsi kepada warga maya.

SOALAN 1

Saya ingin membeli Apple Watch pada harga RM1,799. Pihak kedai menawarkan pelindungan tambahan (accidental damage) yang perlu dibayar sebanyak RM129 selama setahun.

Maka jumlah pembayaran adalah RM1,928 (RM1,799 + RM129). Adakah dibenarkan dari segi hukum?

SOALAN 2

Saya membeli jam pintar (Apple Watch) pada harga RM1,799 tanpa membeli waranti tambahan pada hari kejadian.

Namun, pihak Penjual menawarkan tambahan waranti yang boleh dibeli dalam tempoh 30 selepas pembelian Apple Watch.

Lagi artikel di ifon.my  Revolusi Reka Bentuk Produk Apple

Hari ke-20 saya telah membeli waranti tambahan bertujuan untuk mengurangkan kos, jika jam pintar saya rosak atau pecah akibat kecuaian sendiri.

APA HUKUM MEMBELI WARANTI TAMBAHAN SELEPAS PEMBAYARAN AWAL TELAH DILAKSANAKAN.

SOALAN 3

Kebanyakan Penjual menawarkan Pelindungan Tambahan (insurans) tidak Patuh Syariah?

APAKAH HUKUM MEMBELI WARANTI TAMBAHAN (INSURANS) TIDAK PATUH SYARIAH MEMANDANGKAN TIADA PENJUAL MENAWARKAN INSURANS PATUH SYARIAH. SAYA TELAH CUBA MENCARI NAMUN TETAP GAGAL MENEMUI.

SOALAN 4

Merujuk kepada soalan pertama, saya telah membeli Apple Watch + waranti tambahan setahun berjumlah RM1,928 dan transaksi berlaku serentak pada hari sama.

Setelah setahun saya menggunakan Apple Watch tersebut dan mahu menambah waranti untuk tahun kedua.

APAKAH HUKUM MEMBELI WARANTI TAMBAHAN SETELAH SETAHUN MENGGUNAKAN APPLE WATCH?

Berikut jawapan yang dikemukakan oleh Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Lagi artikel di ifon.my  Inkarnasi MacBook 12-Inci?

JAWAPAN

Harus jika barang yang dibeli bersama waranti servis atau standard warranty untuk baik pulih barang dalam tempoh tertentu termasuk dalam bab al-Wa’ad iaitu bab mensyaratkan manfaat kepada pembeli.

Hal ini kerana standard warranty adalah tabi’ mengikut atau termasuk dalam kontrak jual beli yang sama

Manakala waranti tambahan atau extanded warranty yang dibeli secara berasingan daripada sesuatu barang / membelinya setelah tempoh waranti barang tamat adalah tidak dibenarkan.

Hal ini kerana pembelian waranti tambahan mengandungi gharar atau sesuatu yang belum pasti serta qimar iaitu perjudian yang diharamkan syarak.

Menjawab soalan yang diberikan harus sekiranya waranti tersebut datang bersama dengan barang tersebut iaitu standart warranty daripada jenama barang tersebut.

Manakala sekiranya bayaran untuk penambahan waranti iaitu extand warannty adalah tidak dibenarkan kerana terdapat gharar

Semoga jawapan ini menjadi rujukan semua. InsyAllah

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

Sokongan Apnea Tidur bagi Apple Watch Telah Diluluskan

Roborock Melancarkan Kedai Mercu Pertama di Sunway Pyramid