in ,

Superman (2025) : Aksi, Harapan & Warna Baharu Dari DC Studios

Superman kembali ke layar perak, namun kali ini tampil berbeza dengan sentuhan segar dari DC Studios. Jika sebelum ini kita terbiasa dengan suasana suram dalam filem-filem DC, edisi kali ini hadir dengan warna yang lebih cerah dan ceria benar-benar kontra daripada kebiasaan.

Watak Superman yang dibawakan oleh David Corenswet menampilkan sisi lebih manusiawi, tidak terlalu “super”, dan nyata sekali lebih mudah terkesan dengan ancaman yang datang.

Kali ini, dia tidak sekadar berlawan fizikal, tetapi juga berdepan dengan krisis kepercayaan rakyat terhadap dirinya. Tidak mahu mendedahkan terlalu banyak, tetapi antara cabaran besar yang dihadapi termasuklah serangan seekor Kaiju, nanobot dan beberapa musuh yang cukup menarik.

Menariknya, filem ini tidak hanya bergantung kepada aksi semata-mata. Ia turut menyentuh sisi peribadi Clark Kent hubungan romantiknya dengan Lois Lane, konflik dalaman kerajaan, serta pertelingkahan antara Superman dan pihak berkuasa.

Lagi artikel di ifon.my  A Minecraft Movie : Dunia Kreativiti, Kurang Berisi

Keseluruhannya dihidangkan dalam durasi 2 jam 9 minit yang cukup padat dan menghiburkan.David Corenswet berjaya menghidupkan watak Superman dengan baik walaupun sebelum ini ramai yang ragu-ragu dengan pemilihannya.

Sementara itu, Nicholas Hoult sebagai Lex Luthor benar-benar mencuri tumpuan dengan lakonan yang penuh karisma dan gaya.

Selain itu, kita juga diperkenalkan dengan watak-watak baharu seperti Green Lantern, Hawkgirl dan Mister Terrific yang menambah lagi keterujaan dalam penceritaan.

Filem ini turut diselitkan dengan unsur komedi yang ringan dan kena pada tempatnya cukup untuk mengimbangi babak-babak tegang.

Dari sudut visual, tona warna yang digunakan sangat menyenangkan dan tidak menyakitkan mata sesuatu yang jarang kita lihat dalam filem DC sebelum ini.

Walaupun ada beberapa babak, terutamanya perbualan antara Clark dan Lois, yang dirasakan agak panjang, secara keseluruhan penceritaan kekal mantap dan tidak berlebihan. Isu-isu utama berjaya diselesaikan dalam masa yang sesuai tanpa tergesa-gesa atau tergantung.

Lagi artikel di ifon.my  Mickey 17: Eksplorasi Ke Planet Baharu, Penuh Dramatik

Saya berpeluang menonton filem ini di Aurum Theatre, The Exchange TRX dalam format IMAX Laser dengan 12 saluran bunyi satu pengalaman yang sangat imersif dan selesa.

Apa yang paling saya suka, makanan dan minuman boleh ditempah terus dari tempat duduk, dan staf akan menghantarnya tanpa kita perlu bangun.Intihanya, Superman (2025) adalah nafas baharu buat DC.

Penuh aksi, emosi, dan penceritaan yang lebih matang. Jangan lepaskan peluang untuk menontonnya di GSC atau Aurum Theatre berhampiran anda.

Terima kasih kepada GSC dan Warner Bros Malaysia atas jemputan ke tayangan perdana ini.

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

Suria KLCC Picnic in the Park Festival Kembali. Rasai Pengalaman Berkelah Eksklusif di Tengah Bandar