Semalam Samsung baru sahaja melancarkan Note 9 yang merupakan antara model paling berkuasa dalam kelasnya.Note 9 dikuasakan dengan cip Snapdragon 845, hadir dengan kapasiti RAM berjumlah 6GB/8GB serta didatangkan dengan variasi storan 128GB dan 512GB serta menyokong kad micro SD sebesar 512GB.
Walaupun Note 9 hadir dengan spesifikasi yang agak premium, ia masih belum dapat menandingi prestasi iPhone X yang dilancarkan pada tahun 2017.
Berdasarkan ujian yang dibuat pada Geekbench 4, iPhone X mencatatkan skor sebanyak 10,357 berbanding Note 9 versi 6GB RAM memperoleh skor 8,876. Note 9 juga dilaporkan turut tidak mampu mengatasi prestasi telefon pintar One Plus 6 yang mencatatkan skor sebanyak 9,088
Walau bagaimanapun, berdasarkan ujian grafik oleh Slingshot Extreme, One Plus 6 berada di kedudukan teratas dengan skor sebanyak 5,124.Bagi iPhone X ujian grafik mencatatkan skor sebanyak 4994 dan Note 9 memperoleh skor 4,639.
Manakala, dari segi ujian skrin pada panel AMOLED, Samsung mencatatkan skor tertinggi iaitu sebanyak 224% sRGB warna ‘gamut’ berbanding iPhone X yang hanya mencatat 128.6%. Berdasarkan ujian keseluruhan ini, ia dapat menuntaskan bahawa Note 9 bukanlah peranti paling berkuasa untuk tahun 2018.
Namun, ia masih boleh dianggap peranti terbaik dan terkuat untuk tahun 2018 berbanding telefon pintar flagship yang lain.
SEKADAR PANDANGAN
sumber:9to5mac