in , ,

Pixel Pencabar Signifikan iPhone

Nampaknya Google telah menerbitkan iklan acah (teaser) bagi Pixel 6 dan Pixel 6 Pro, memandangkan pelancaran iPhone 13 dijangka bakal berlangsung pada bulan September atau Oktober ini. Apa yang menarik perhatian saya adalah pelancaran cip buatan Google yang dikenali sebagai Google Tensor.

Dengan pelancaran cip pemprosesan ini, maka Google kini boleh bersaing rapat dengan Apple seterusnya mampu memberikan keistimewaan yang sebelum ini hanya eksklusif untuk iPhone. Jika iPhone mampu menyokong kemas kini iOS 5 hingga 6 tahun.

Maka, Google mampu berbuat demikian kerana tidak lagi bergantung pada cip buatan Qualcomm. Saya menantikan kemunculan Pixel 6 dan Pixel 6 Pro ini. Lahirnya kedua-dua model ini sedikit sebanyak dapat memberi manfaat kepada pengguna.

Lagi artikel di ifon.my  Google Melancarkan Iklan Pixel 3 ‘Unswitchables’ Yang Memfokuskan Penguna iPhone

Jika sebelum ini ramai terikat dengan iPhone semata-mata kerana jangka hayat iOS. Kini mereka mempunyai pilihan untuk beralih. Mungkin pasaran Malaysia belum cukup kuat untuk menarik perhatian pengguna memandangkan produk ini mungkin tidak dijual di Malaysia.

Namun sekurang-kurangnya ia mampu mencuri sedikit pasaran telefon pintar yang sebelum ini di dominasi oleh iPhone.

SEKADAR PANDANGAN

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

Inkarnasi Sebuah Telefon

Apple Hadir Dengan Fitur Imbasan Gambar Pornografi