Sebelum ini saya ada mengeluarkan satu penulisan di mana iOS 11.4 telah menyebabkan kadar penurunan bateri yang sangat ketara. Nampaknya isu ini bukan lagi satu rahsia di mana ramai pengguna telah membuat aduan di forum Apple Support.
Sebanyak 33 halaman telah direkodkan di mana kebanyakkan iPhone mereka mengalami penurunan bateri yang mendadak setelah mengemaskini iOS 11.4.Apa yang menjadi masalah besar adalah bateri iPhone turut turun dengan mendadak walaupun anda tidak menggunakan iPhone tersebut.
Berdasarkan semakan, kebanyakkan mengalami masalah ini adalah dari kalangan pengguna iPhone 7/Plus kebawah.Sekiranya anda pengguna iOS 11.4, anda harus bersabar seketika sehingga Apple melepaskan iOS 11.4.1.
Walau bagaimanapun, saya berpendapat iOS 11.4.1 masih belum dapat menyelesaikan masalah ini secara total berdasarkan pemantauan saya terhadap versi ini.Adakah Apple akan terus mengeluarkan kemaskini iOS 11 atau mereka memberi tumpuan pada iOS 12? Sama-samaa kita nantikan.
Jika dilihat iOS 12 bukanlah major overhall bagi iOS kali ini. Besar kemungkinan ia lebih kepada menyelesaikan masalah lampau.Setakat ini belum dapat dipastikan adakah iOS 12 mampu menyelesaikan masalah bateri.
Secara peribadi, sejak Apple dibawah legasi Tim Cook agar sukar untuk saya percaya dengan janji manis dari Apple.Hampir saban tahun mereka katakan bahawa iOS mereka hebat. Namun apa terjadi sekarang?.
Tiada guna membeli iPhone dengan harga yahudi tapi pengakhiranya sangat mengecewakan.Kepada pengguna iOS 11.4, saya memohon bersabar dan kita tunggu dan lihat.
Bagi pengguna yang belum mengemaskin, saya ucapkan tahniah kepada anda kerana mengambil langkah berjaga2.
SEKADAR PANDANGAN
Sumber: Apple Support