iOS 12 The Biggest Apologize Make Since iOS

Berdasarkan pemerhatian saya sepanjang iOS 12 BETA dan Public BETA dilepaskan kepada golongan tertentu. Saya melihat iOS terbaru ini antara iOS yang kurang bermasalah sepanjang tempoh ujian.

Bagi sesebuah versi iOS yang dalam peringkat ujian yakni BETA, kebiasaannya hanya versi Gold Master (GM) sahaja yang boleh dikatakan stabil. Namun, berbeza bagi iOS 12 kali ini ia seakan-akan sudah berada di fasa Gold Master.

Walaupun masih terdapat beberapa ralat (bug) yang perlu diselesaikan oleh Apple, tapi ia tidaklah seteruk iOS 11 yang merupakan antara iOS paling bermasalah sejak iOS pertama kali dilancarkan.

SAN JOSE, CA – JUNE 04: Apple’s senior vice president of Software Engineering Craig Federighi speaks during the 2018 Apple Worldwide Developer Conference (WWDC) at the San Jose Convention Center on June 4, 2018 in San Jose, California. Apple CEO Tim Cook kicked off the WWDC that runs through June 8. (Photo by Justin Sullivan/Getty Images)

iOS 12 secara peribadi saya melihat ia hanyalah sebuah iOS yang dibangunkan khas untuk meminta maaf di atas masalah yang dihadapi pada iOS 11. Walaupun tiada kenyataan rasmi dari Apple bahawa iOS 11 antara paling bermasalah, jika dilihat dari segi jumlah kemaskini ia antara iOS paling banyak menerima kemaskini dalam semua versi iOS.

Lagi artikel di ifon.my  Apple Melepaskan iOS 12 BETA 8 Kepada Pembangun Perisian

Mengemaskini iOS sememangnya sangat baik jika dilihat dari segi kertas, namun kebanyakan Apple melepaskan iOS 11 bukanlah memfokuskan ciri-ciri dan keselamatan baru namun lebih kepada menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh iPhone itu sendiri.

Hatta kita menyalahkan iPhone, hakikatnya iOS 11 antara punca mengapa iPhone anda kerap bermasalah.

Walaupun iOS 12 boleh dikatakan stabil, namun buat masa sekarang saya masih beranggapan bahawa ia akan membawa masalah. Berdasarkan ujian saya dalam menggunakan iOS 11 pada iPhone 7/X dengan Pixel 2 XL dan Note 8, sistem operasi bagi kedua-dua peranti ini boleh dikatakan kurang bermasalah walaupun Pixel sering mengalami masalah dari segi kestabilan komponen elektronik mereka.

Lagi artikel di ifon.my  DeviceAtlas: iPhone 7 Plus Dinobat Telefon Pintar Paling Popular Di Malaysia

iOS dan Android mempunyai peminat masing-masing, sama seperti kelab Manchester United dengan Liverpool. Masing-masing mempertahan bahawa kelab mereka hebat sedangkan setiap kelab mempunyai keistimewaan yang tersendiri.

Begitu juga iOS dan Android saya sering menggunakan istilah Coke dan Pepsi kerana masing-masing mempunyai peminat walaupun ia hanya sekadar air cola.

Konklusinya, saya berpandangan bahawa iOS 12 adalah versi yang dibangunkan untuk menyelesaikan masalah dan kontroversi yang berlaku pada iOS 11. iOS 12 ini boleh diibaratkan iOS versi apologize yang mana semua yang berlaku pada tahun 2017 hingga suku ketiga 2018 berpunca dari iOS 11.

SEKARANG PANDANGAN

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

Spesifikasi Pixel 3 XL Tertiris

iOS 11.4.1 Menyelesaikan Masalah Penurunan Bateri iPhone?