in ,

iOS 11.4.1 Menyelesaikan Masalah Penurunan Bateri iPhone?

Jika anda pengguna iOS 11.4 tentu sekali anda akan mengalami masalah penurunan jangka hayat bateri yang sangat ketara.

Ini dibuktikan dengan aduan yang diperoleh di laman Apple Support dimana kebanyakan pengguna merungut bahawa iPhone mereka mengalami penurunan bateri yang mendadak.

Penurunan ini bukan hanya berlaku pada iPhone 6/Plus. Malah iPhone 8/Plus dan iPhone X turut terlibat.Beberapa hari lepas Apple telah melepaskan kemaskini bagi iOS 11.4.1. Walaubagaimanapun, tiada maklumat yang mengatakan bahawa iOS baru ini menyelesaikan sebarang masalah bateri.

Natijahnya, sebilangan pengguna mula risau untuk mengemaskini ke versi baru bagi mengelakkan masalah.Namun, berdasar maklum balas di Apple Support kebanyakan pengguna yang mengemaskini iOS terkini telah berpuas hati dengan jangka hayat bateri.

Lagi artikel di ifon.my  Ceritera iOS 14

Ini dibuktikan dengan maklum balas yang positif bukan hanya pengguna iPhone terkini malah iPhone yang terdahulu.Apa pun, saya menasihatkan kepada pengguna yang belum mengemaskini iOS ini supaya sentiasa memantau berita berkenaan iOS 11.4.1.

Bagi saya, jawapan yang diberi oleh beberapa pengguna ini masih belum menuntaskan bahawa ia baik.Kadang2 faktor phycology dan tahap penggunaan iPhone memainkan peranan utama.

Tidak salah untuk anda mengemaskini iOS bermula sekarang memandangkan Apple masih belum menutup pelayan bagi iOS 11.4.Anda cubalah dahulu dalam tempoh beberapa hari sebelum anda mengkonklusikanya.

Namun, janganlah anggap bahawa iOS 11.4.1 mampu memberi jangka hayat setanding model telefon android diluar kerana telah tercatat bahawasanya mAh iPhone adalah rendah.

Lagi artikel di ifon.my  Adakah Kemas Kini iOS Secara Wi-Fi Selamat?

SEKADAR PANDANGAN

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

iOS 12 The Biggest Apologize Make Since iOS

HTC dan Sony Experia Mengesahkan Kemaskini Android Pie Dalam Masa Terdekat