in , ,

Mengenali iPhone Locked Set (RSIM/TurboSIM)

Sejak kebelakangan ini saya lihat pengguna iPhone dibanjiri dengan masalah sekatan selular disebabkan iPhone yang anda beli adalah Locked Set?

Saya secara peribadi pelik dengan sesetengah pengguna iPhone yang sanggup membeli iPhone Locked Set ini. Adakah mereka tahu akibatnya? Atau anda telah ditipu oleh penjual?

Meletakkan kesalahan 100% pada penjual adalah satu kesilapan memandangkan anda harus mempunyai sedikit ilmu berkaitan pembelian iPhone.

Contoh paling mudah, takkan anda boleh menerima pasangan anda jika anda tidak tahu latar belakang beliau bukan?

Sama jugalah dengan membeli iPhone. Sama ada suka atau tak anda harus mempelajari selok belok iPhone.

Hari ini saya tidak mempunyai masa yang banyak untuk menceritakan semuanya. Namun, adakah anda tahu bahawa iPhone yang anda beli adalah Locked Set?

iPhone locked set ini kebanyakannya dari negara-negara maju seperti Amerika Syarikat dan Eropah.

Screenshot_20180822-113408

Contoh iPhone Locked Set

Jika dilihat pada gambar yang dimuat naik, harga iPhone X 64GB dijual pada harga USD41.62 sebulan dan tempoh kontrak adalah 24 bulan.

Lagi artikel di ifon.my  iPhone Xs Max Mempunyai Tahap Kepantasan Lebih Baik Berbanding Samsung Galaxy Note 9

Sepanjang tempoh 24 bulan, pelanggan tersebut tidak boleh menggunakan kad sim dari telco yang lain dan hanya kad sim dari Sprint sahaja yang boleh digunakan pada iPhone tersebut.

Sekiranya pelanggan tersebut menukar kad sim dari telco yang lain, iPhone tersebut tidak boleh diaktifkan dan meminta anda memasukkan kod atau signal telefon akan dipaparkan No Service.

Selepas dari tempoh kontrak, pelanggan tersebut boleh terus mendapat kod sekatan dari pihak telco untuk membenarkan iPhone tersebut dapat digunakan pada kad sim yang lain.

Apa yang berlaku di Malaysia apabila penjual tersebut membeli dari sumber yang tidak sah. Ini bermakna iPhone tersebut masih mempunyai tempoh kontrak atau disekat oleh penyedia perkhidmatan.

Bagi memastikan iPhone tersebut boleh digunakan, penjual tersebut telah menggunakan RSIM atau TurboSIM untuk membolehkan iPhone tersebut menyokong kad sim di Malaysia.

Adakah RSIM atau TurboSIM ini selamat?

SIM-_Not-_Supported.png.pagespeed.ce.6cey-j_A2ug
iPhone Disekat Sebaik iOS Dikemaskini

Hakikatnya anda tidak merasakan sebarang masalah dalam menggunakan iPhone tersebut. Namun sekiranya iOS terbaru dilancarkan anda harus membuat penyelidikan dahulu adakah RSIM atau TurboSIM tersebut menyokong iOS tersebut.

Lagi artikel di ifon.my  iOS 12 BETA 7 Telah Sedia Untuk Dikemaskini

Sekiranya tidak, iPhone anda akan gagal berfungsi dan anda perlu berhubung dengan penjual terbabit untuk bantuan.

Walaupun secara kasar kita melihat iPhone Locked Set selamat digunakan. Namun, saya kurang mengalakkan anda untuk membeli iPhone tersebut.

Ramai pengguna hakikatnya telah tertipu dari penjual yang tidak memaklumkan kepada anda dengan jelas berkaitan isu telco Locked ini.

Modus operandi mereka tetap sama iaitu menjual dengan harga murah dan memaparkan iklan yang sukar difahami oleh pembeli.

Orang Malaysia memang pantang dengan harga murah. Tanpa sebarang pertanyaan dan soalan terus membelinya. Apabila bermasalah, anda menyalahkan penjual. Nasihat saya, sebelum anda marah pada penjual, anda sepatutnya menyalahkan diri anda sendiri kerana tidak menyiasat terlebih dahulu.

Ironinya disini, jangan terlalu naif berkenaan pembelian iPhone. Kita harus mempunyai minda kelas pertama dan harus memberi penekanan kepada semua aspek.

Walaupun ia nampak seperti cerewet, tapi anda harus berkelakuan sedemikian di zaman yang serba mencabar ini.

SEKADAR PANDANGAN

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

Beberapa Tali Jam Apple Watch Telah Kehabisan Stok Bagi Memberi Laluan Pada Acara Khas Apple September ini.

Apple Glass: Akan datang tahun hadapan?