Maklumat terbaru yang dilaporkan oleh MacRumors hasil kenyataan dari media Taiwan Economic Daily News melaporkan bahawa iPhone Dwi SIM hanya terhad di Negara China sahaja.
Seperti diketahui umum, pihak Apple bakal melancarkan tiga model baharu bagi iPhone bagi bulan September ini di mana model 6.1 inci dikatakan model yang paling murah dalam kelasnya. Berdasarkan laporan juga, hanya iPhone 6.1 Inci dikatakan akan menyokong Dwi SIM berbanding dua model yang premium. .
Berdasarkan laporan dari pembocor maklumat terkemuka berkaitan dengan iPhone iaitu Ming Kuo iPhone 6.1 inci Dwi SIM akan dijual sekitar USD650 atau sekitar RM3205.00 dan bagi sim tunggal sekitar RM2735.
SEKADAR PANDANGAN
Sumber : 9to5mac