in , , ,

Samsung Galaxy J2 Prime Dinobat Telefon Pintar Paling Popular Di Malaysia

Sesuatu yang boleh dikataan agak mengejutkan apabila Samsung Galaxy J2 Prime dinobat sebagai telefon pintar paling popular di Malaysia.

Samsung Galaxy J2 Prime merupakan telefon pintar keluaran Samsung dan pertama kali dilancarkan adalah pada bulan November 2016. Hadir dengan paparan PLS TFT capacitive touchscreen, 16M colors, skrin sebesar 5.0 inci dengan resolusi 540 x 960 pixels.

Selain itu, ia dikuasakan dengan cip pemprosesan Mediatek MT6737T, RAM sebesar 1.5GB , hadir dengan storan dalaman 8GB dan menyokong Android OS, v6.0 (Marshmallow).

Berdasarkan tinjauan harga di laman  Lazada Malaysia, harga bagi Samsung Galaxy J2 Prime adalah sekitar RM369.00 hingga RM379.00.

 Ihsan Lazada Malaysia

Secara peribadi faktor utama Samsung Galaxy J2 Prime menjadi pilihan rakyat Malaysia adalah disebabkan oleh harga yang sangat rendah, dan ini sedikit sebanyak membolehkan golongan yang kurang berkemampuan mendapatkan model ini.

Lagi artikel di ifon.my  Pra Tempah Samsung Galaxy Note 9 512GB (Midnight Black) Habis Ditempah

Berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh DeviceAtlas, Samsung Galaxy J2 Prime telah menguasai pasaran sebanyak 12.6% mengatasi jenama telefon pintar lain yang dijual di Malaysia.

Ihsan dari DeviceAtas

Jika dilihat dalam senarai sepuluh telefon pintar paling popular di Malaysia, ia telah di dominasi oleh peranti Android.

Bagi peranti yang menyokong iOS pula, iPhone 7 Plus hanya selesa berada di kedudukan ke-16 dengan penguasaan pasaran sekitar 1.22% sahaja. 

iPhone 7 Plus

Berdasarkan laporan yang dikeluarkan ini, ia telah menuntaskan bahawa rakyat Malaysia lebih memilih telefon pintar berkelas rendah berbanding flagship yang ada di pasaran.

Faktor harga mungkin menjadi penghalang utama mengapa Samsung Galaxy J2 Prime menjadi piihan oleh rakyat Malaysia.

SEKADAR PANDANGAN

Lagi artikel di ifon.my  iOS 11.4 Menyebabkan Penurunan Bateri Yang Ketara Walaupun Tidak Digunakan.

Sumber: DeviceAtlas

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

Adakah Kabel Pengecasan iPhone Anda Mempunyai Pengesahan MFi?

Samsung Galaxy Note 9 Habis di Pra Tempah