in ,

iPhone 7 Plus Model iPhone Paling Popular Di Malaysia

Seperti diketahui bahawa penguasaan pasaran bagi iOS amatlah kecil jika dibandingkan dengan Android. Hal ini juga telah dibuktikan berdasarkan data IDC pada tahun 2016 yang meletakkan peranti Android di tangga teratas.

Namun daripada jumlah besar penguasaan Android di pasaran, masih terdapat sejumlah kecil populasi di Malaysia menggunakan iPhone.

Walaupun dari segi data global, iPhone kekal antara telefon pintar paling popular di dunia berbanding Android, namun di Malaysia adalah sebaliknya.

Laporan yang dikeluarkan oleh DeviceAtlas ini hanya memfokuskan kepada model yang dikeluarkan oleh Apple sahaja tanpa melibatkan jenama lain.

iPhone 6 dan iPhone 6S Plus pula berada di tempat kedua dan ketiga dan iPhone 6S serta iPhone 7 selesa berada di kedudukan keempat dan kelima.

Lagi artikel di ifon.my  Berhati-hati Semasa Membeli iPhone Serta Aksesori

Berdasarkan laporan ini, jelas saya melihat rakyat Malaysia masih selesa menggunakan model terdahulu dan tidak terburu-buru untuk menaiktaraf ke model terkini.Antara faktor yang saya lihat dalam konteks peribadi adalah rekaan iPhone yang hampir sama, inovasi biasa dan harga yang terlalu tinggi menyumbang kepada penurunan pembelian iPhone model terkini.

Jika dilihat dalam laporan ini juga jumlah pengguna Malaysia yang memiliki iPhone X dan iPhone 8 Plus adalah sangat rendah dan berada di tangga kelapan dan kesembilan dan tidak mampu mengatasi iPhone 5s.

Berdasarkan tinjauan rambang, saya melihat rakyat Malaysia lebih berminat untuk membeli iPhone yang terdahulu berbanding terkini akibat faktor harga. Umum mengetahui bahawa harga sebuah iPhone di Malaysia adalah tinggi jika dibandingkan dengan model Android.

Lagi artikel di ifon.my  Pusat Service Apple Mula Menerima iPhone Yang Menggunakan Bateri Pihak Ketiga Untuk Dibaiki

Namun, disebabkan penggunaan masih meminati ekosistem iOS. Maka mereka mengambil keputusan untuk membeli iPhone yang telah berada di pasaran dalam tempoh setahun atau dua tahun dari dari pelancarannya.

Konklusinya, kita harus akui bahawa penguasaan iOS di Malaysia. Berdasarkan data ini juga jelas menunjukkan bahawa rakyat Malaysia tidak mengejar pada model terkini dan lebih memilih peranti yang mempunyai tanda harga yang berpatutan.

SEKADAR PANDANGAN

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

Memilih iOS atau Android Sama Seperti Memilih Coke atau Pepsi

iPhone 6.1 inci Yang Menyokong Dwi SIM Terhad Di Negara China Sahaja