Twitter Bakal Menghentikan Sokongan Kemaskini Pada iOS 9

Dua hari lepas pihak Twitter telah mengeluarkan kenyataan bahawa pihak mereka bakal menghentikan sokongan kemaskini aplikasi pada iOS 9 dan memohon pengguna untuk mengemaskini ke iOS 10 atau terkini.

Berikut merupakan kenyataan pihak Twitter berhubung pemberhentian sokongan pada iOS 9.

We are streamlining our app development for all clients. 
As a result, this is our last update for iOS 9.

Make sure you get the latest feature updates, performance improvements and bug fixes and update to iOS 10+, or just keep your Updates turned on.

Belum dapat dipastikan apakah yang akan berlaku pada aplikasi ini setelah ia dihentikan sokongan kemaskini. Oleh yang demikian, sekiranya anda pengguna Twitter, saya menasihatkan anda supaya mengemaskini iOS bermula sekarang atau menunggu semasa pelancaran iOS 12 memandangkan iOS 11 kurang sesuai untuk dikemaskini.

Walau bagaimanapun, bagi pengguna iPhone 5 atau iPhone 5C anda boleh mengemaskini ke iOS 10 bermula hari ini sekiranya anda mahukan sokongan kemaskini pada aplikasi Twitter kelak.

Lagi artikel di ifon.my  Kerentanan di iOS 12 membolehkan lock screen dipintas

Jika anda pernah membaca ulasan saya berkenaan pentingnya mengemaskini iOS pada iPhone dan iPad, ini merupakan salah satu faktor mengapa anda harus mengemaskini ke iOS terkini.

SEKADAR PANDANGAN

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

Huawei Berjaya Merampas Kedudukan Kedua Dari Apple Bagi Pasaran Telefon Pintar

Pra Tempah Samsung Galaxy Note 9 512GB (Midnight Black) Habis Ditempah