in ,

Pra Tempah Samsung Galaxy Note 9 512GB (Midnight Black) Habis Ditempah

Seperti yang dijangka bahawa pra tempah bagi Galaxy Note 9 bakal mendapat permintaan tinggi dikalangan rakyat Malaysia.

Berdasarkan pengumuman yang dibuat oleh pihak Samsung Malaysia di laman sosial mereka, pra tempah untuk Galaxy Note 9 512GB (Midnight Black) telah habis ditempah.

Due to the massive support from you, Galaxy Note9 (512GB) Midnight Black has been sold out! Do stay tune for more updates! More about Galaxy Note9:

Pra tempah Galaxy Note 9 hakikatnya menjanjikan pelbagai hadiah menarik termasuklah jam pintar Gear Sport yang berharga RM1,219.00.

Ini bermakna anda mendapat keuntungan dengan membuat tempahan awal yang mana jika dikira secara kasar anda hanya perlu membayar sekitar RM2,480.00 sahaja untuk sebuah Galaxy Note 9 yang mempunyai storan 64GB.

Berbalik kepada pra tempah bagi Galaxy Note 9 512GB (Midnight Black) yang habis ditempah.Ini berkemungkinan disebabkan hadiah yang ditawarkan sangat berbaloi serta pembeli mengambil peluang di atas cukai 0% buat masa ini.

Samsung hakikatnya antara jenama paling popular di Malaysia berbanding Apple, OPPO dan lain-lain berdasarkan laporan IDC yang dikeluarkan sebelum ini.

Lagi artikel di ifon.my  Samsung Galaxy Note 9 Habis di Pra Tempah

Tidak hairanlah mengapa pra tempah ini mendapat sambutan dan pengguna lebih memilih storan yang besar untuk membuat penempahan

SEKADAR PANDANGAN

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

Twitter Bakal Menghentikan Sokongan Kemaskini Pada iOS 9

Samsung Mengesahkan Bahawa Bateri Galaxy Note 9 Selamat