in ,

Apple Melepaskan iOS 12 BETA 8 Kepada Pembangun Perisian

Seperti diketahui umum, Apple telah menarik kembali iOS 12 BETA 7 secara Over The Air (OTA) beberapa hari lepas akibat masalah kestabilan. 

Hari ini pihak Apple telah melepaskan versi baru bagi iOS 12 BETA 8 yang berkemungkinan menyelesaikan masalah yang berlaku sebelum ini. 

Kemaskini ini hanya memfokuskan kepada pengguna yang mendaftar sebagai Apple Devoloper sahaja. 

Bagi pengguna yang mendaftar versi Public BETA, saya menjangkakan kemaskini bagi iOS Public BETA 7 akan hadir pada pagi esok atau dalam tempoh 24 jam dari perlepasan versi BETA. 

Oleh yang demikian, pengguna versi Public BETA boleh bersiap siaga untuk mengemaskini ke versi terkini. Setakat ini belum dapat dipastikan bilakah versi Gold Master (GM) akan dilepaskan. 

Lagi artikel di ifon.my  iOS 12.1 BETA 4 Sedia Dikemaskini

Saya menjangkakan versi GM akan dilepaskan sekitar awal September ini. 

SEKADAR PANDANGAN

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

Apple Menyambut Ulang Tahun iMac Kali Ke-20

Goldgenie Membuka Pra Tempah Bagi 2018 Gold iPhone Xs – Billionaire Solid Gold edition