in , ,

Mengapa Kamera iPhone Menjadi Sasaran Utama Semasa Mengambil Gambar? Budaya atau Realiti?

Satu perkara yang tidak perlu saya ulas dengan lebih lanjut, semua mengetahui bahawa kebiasaannya apabila sesi mengambil gambar secara berkumpulan, pemilik iPhone akan menjadi sasaran untuk menangkap gambar walaupun iPhone yang dimiliki oleh beliau bukan dari model terkini.

Namun mengapa pemilik iPhone menjadi sasaran sedangkan banyak lagi kamera dari telefon pintar flagship  jauh lagi hebat dari model keluaran Apple ini.

Screenshot_20180818-085212
Penilaian dari DXOMARK

Jika dilihat pada penskoran yang dibuat oleh DXOMARK, iPhone bukanlah telefon pintar yang mempunyai kualiti gambar yang terbaik memandangkan Huawei P20 Pro berada di tangga teratas. 

DxOMark merupakan penanda aras yang secara saintifik menilai kualiti imej telefon pintar, kanta dan kamera. Ini bermakna pelbagai ujian telah dilakukan di dalam makmal sebelum sebarang keputusan dikeluarkan. 

Lagi artikel di ifon.my  Sejauh Manakah Anda Sayang Pada iPhone?

Namun mengapa kamera iPhone dipilih?

Satu undian telah saya lakukan di laman Twitter @xaviernaxa dan laman Facebook Apple User Group (Malaysia) di mana seramai 7883 responden telah menjawap dalam sesi undian ini. 

Berdasarkan undian yang dibuka selama dua hari, sebanyak 67% atau sekitar 3027 responden memilih kamera iPhone berkualiti berbanding budaya. 

Manakala undian yang dibuat di laman Facebook Apple User Group (Malaysia) sebanyak 2402 responden juga turut memilih kamera iPhone antara sebab utama. 

Lagi artikel di ifon.my  iOS 11.4 Mengakibatkan Masalah Pada Fungsi Kamera.
Screenshot_20180817-182010

Ini menuntaskan bahawa sebab utama mengapa pemilik iPhone menjadi sasaran adalah disebabkan kualiti gambar yang terbaik. 

Walau bagaimanapun saya berpandangan kemungkinan ia adalah budaya memandangkan iPhone pada suatu masa dulu mempunyai kualiti kamera yang terbaik di pasaran. 

Umum mengetahui bahawa kamera dari telefon pintar Android mempunyai kualiti yang tinggi lebih-lebih lagi  janama Huawei, HTC, Samsung dan Google. 

Selain itu, faktor jenama  iPhone yang dianggap premium dikalangan sesetengah pengguna menyebabkan pengaruh jenama ini di Malaysia berada di tahap yang lebih tinggi. 

Apabila tanggapan ini dianggap sebagai satu kemestian. Tidak hairanlah mengapa setiap kali sesi bergambar pemilik iPhone menjadi mangsa. 

Saya akui data yang diperolehi ini agak kurang signifikan memandangkan kedua-dua laman sosial ini lebih memihak kepada iPhone. Namun, berdasarkan tinjauan saya kebanyakan pengguna sudah matang dalam membuat sebarang penilaian. 

Oleh itu, saya mengkonklusikan jawapan yang diperolehi ini dimana faktor kualiti kamera antara punca mengapa pemilik iPhone menjadi sasaran. 

SEKADAR PANDANGAN

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

Microsoft antara pencetus terciptanya iPhone

Apple, NEXT Dan Microsoft