in , ,

Craig Federighi Tulang Belakang Apple

Sebut sahaja Apple, tentu sekali minda kita akan tertumpu kepada produk yang dihasilkan oleh Apple. Walaubagaimanapun, kita terlupa bahawa siapakan yang mengetuai dalam penghasilkan produk berkenaan.

Jika anda pernah melihat WWDC 2018 beberapa bulan lepas anda semua mungkin akan mengenali beliau dengan lebih dekat.

Craig Federighi telah diberi kepercayaan penuh oleh Tim Cook untuk mempersembahkan dua operasi terkini iaitu macOs Mojave dan iOS 12. 

Persoalanya, siapakah individu ini? kenapa Tim Cook memberi kepercayaan penuh kepada beliau untuk mempersembahkan kepada umum berkenaan dengan versi baru bagi iOS dan macOS.

apple-hosts-its-worldwide-developers-conference-470x310_2x
Craig Federighi

Saya cuba untuk merumuskan beberapa perkara menarik berkenaan dengan beliau yang merupakan salah satu individu terpenting dalam Apple. 

Craig Federighi merupakan Timbalan Presiden Kanan Kejuruteraan Perisian di Apple.  Sebelum ini beliau pernah bekerja bersama Steve Jobs dalam syarikat NEXT, dan beliau merupakan ketua dalam “Development of the Enterprise Object Framework”.

Selepas beliau meletak jawatan dalam NEXT, beliau pernah bekerja di Ariba.

Pada 2009, beliau telah kembali ke Apple untuk mengetuai dalam pembinaan OSX. Pada bulan ogos 2012 beliau ditawarkan sebagai Timbalan Presiden Kanan

Pada bulan Oktober 2012 selepas Scot Forstall dibuang dari Timbalan Presiden Kanan iOS, beliau telah diberi kepercayaan oleh Tim Cook untuk menerajui iOS disamping mengekalkan beliau dalam pembinaan macOS

Lagi artikel di ifon.my  Kebangkitan Apple
061113hubpmapplestar_640x360
Craig Federigi Bersama Tim Cook

Semasa WWDC 2018, beliau telah memperkenalkan iOS 12 dan MacOS Mojave. Semasa acara tersebut berlangsung, beliau mendapat pujian dalam pembangunan macOS walaupun iOS 12 boleh dikatakan agak hambar. 

The Wall Street Journal juga telah menulis beberapa perkara menarik berkenaan dengan beliau, antaranya menceritakan bagaimana beliau bersama Steve Jobs dalam NeXT dan tugas beliau dalam Ariba.

Disini saya dapat merumuskan beberapa perkara menarik tentang diri beliau berdasarkan pembacaan saya

Pertama :
Beliau merupakan Timbalan Presiden Kanan Kejuruteraan Perisian. Antara sistem operasi terbaik yang beliau pernah bangunkan adalah OSX Mountain Lion , OSX Maverick, OSX Yosemite, macOS Sierra, macOs High Sierra dan macOS Mojave.

Beliau juga diberi tanggungjawap bersama Jony Ive dalam overhaul iOS 7 dan pembangunan iOS8, iOS9, iOS 10,iOS 11 dan iOS 12. 

Kedua :
Tim Cook merupakan peminat setia Craig Federigh. Semasa temuramah dalam Businessweek, Tim Cook mengangap beliau seorang yang hebat dalam pembinaan inovasi baru, selain itu Tim Cook amat selesa bekerja dengan beliau.

Craig Federigh juga merupakan seorang yang tidak bermegah, kerana itulah Tim Cook mengarahkan beliau bekerjasama dengan Jony Ive dalam pembinaan iOS 7 sebelum ini.

Lagi artikel di ifon.my  Google Dilapor Membayar Sekitar 37 Billion Bagi Penetapan Carian Google Pada Peranti iOS

Ketiga:
Semasa persidangan WWDC 2013 hingga WWDC 2017 beliau telah mendapat pujian ramai kerana persembahan beliau menarik hati semua penonton. 

Keempat :
Sebelum menyertai Apple, beliau telah bekerja di Ariba. 

Kelima :
Tim Cook telah menamakan beliau sebagai penyelamat Apple dan menjadikan beliau aset penting dalam Apple.

Selain dari itu, semasa WWDC 2018 beliau sekali lagi telah diberi kepercayaan untuk mempersembahkan inovasi beliau iaitu macOS Mojave dan iOS 12. 

Gaya persembahan lelaki kurus dan tinggi lampai ini cukup membuat penonton tertarik.

Secara peribadi saya berpandangan tahun 2018 hanya macOS Mojave sahaja yang boleh dibanggakan.  iOS 12 hanyalah sisten operasi kitar semula sahaja. 

Saya akui, iOS 12 memfokuskan kepada prestasi iPhone terdahulu. Namun, disaat inovasi iPhone yang semakin mundur berbanding Android, hanya iOS sahaja yang mampu untuk menaikkan nama iPhone di persada antarabangsa. 

Rasanya cukuplah anda mengenali beliau dengan lebih dekat. Orang lama Steve Jobs ini sememangnya memberikan idea dan inovasi yang memenuhi kemahuan pengguna di seluruh dunia.

SEKADAR PANDANGAN

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

Apple, NEXT Dan Microsoft

Sejauh Manakah Anda Sayang Pada iPhone?