in ,

Jangkaan Bagi Acara Khas Apple September 2018- Episod 1

Seperti yang diketahui umum, bulan September antara tarikh keramat bagi Apple di mana secara kebiasaannya mereka akan mengadakan Acara Khas Apple. 

Jika dilihat dari segi kronologi, iPhone pertama kali dilancarkan adalah pada 10 Januari 2007, diikuti dengan iPhone 3G (10 Jun 2008), iPhone 3GS (9 Jun 2009), iPhone 4 (8 Jun 2010) dan iPhone 4S (5 Oktober 2011). 

Tim-_Cook-_Talks-about-_Apple-iwatch2

Walau bagaimanapun, bermula tahun 2012 Apple menjadikan bulan September sebagai tarikh keramat dengan pelancaran iPhone 5 pada 12 September 2012, iPhone 5S iPhone 5C (11 September 2013). 

iPhone 6/6+ (10 September 2014), iPhone 6S/6S+ (10 September 2015), iPhone 7/7+ (8 September 2016) dan iPhone 8/8+ serta iPhone X pada 13 September 2017.

Cuma pada tahun 2016 Apple telah mengubah sedikit tarikh bagi pelancaran bagi iPhone SE iaitu pada 22 Mac 2016. 

Jika dilihat pada tarikh tersebut, saya boleh menuntaskan bahawa Apple bakal mengadakan Acara Khas Apple pada awal September ini. 

Saya menjangkakan 10 September 2018 sebagai tarikh keramat bagi Apple. Namun setakat ini tiada maklumat rasmi dari Apple. 

Saya menjangkakan inti pati bagi acara ini berkaitan dengan pelancaran tiga buah iPhone, pengumuman tarikh perlepasan iOS 12 dan macOS Mojave, Apple Watch Series 4 dan Apple AirPower. 

Lagi artikel di ifon.my  Budaya Mendewakan iPhone MYSET Harus Dikikis.

Walaupun terdapat desas-desus bahawa Apple akan melancarkan macBook Air dan iPad yang baru. Saya menjangkakan ia akan dilancarkan pada Oktober 2018. 

iPhone 2018

Rasanya semua sudah mengetahui bahawa Apple bakal melancarkan tiga buah model iPhone iaitu iPhone 6.1inci, iPhone 5.8 inci dan iPhone 6.5 inci. 

2018i_Phones-580x358
iPhone 6.1 inci hadir dengan pelbagai variasi warna

iPhone 6.1 inci dikatakan akan menggunakan LCD dan dikuasakan dengan cip pemprosesan Apple A12, RAM sebesar 3GB, Face ID dan bakal hadir dengan pelbagai variasi warna. 

iPhone 6.1 inci dijangka akan dijual pada harga USD699 atau sekitar RM3,442.00 dan bakal menjadi model paling laris untuk tahun 2018 dan 2019. 

3_Ben-_Geskin-i_Phone-2018-line-up-render_JPG
Dari kiri iPhone 5.8 inci, iPhone 6.1 inci dan iPhone 6.5 inci

Bagi iPhone 5.8 inci dan iPhone 6.5 inci ia akan menggunakan skrin OLED dengan sokongan Apple Pencil dan dikuasakan dengan cip pemprosesan Apple A12, RAM sebesar 4GB l, Face ID generasi kedua serta hadir dengan kapasiti storan 64GB, 256GB dan 512GB. 

Kedua-dua model ini dijangka akan dijual sekitar RM4,857.00 hingga RM5,500.00. 

Perlepasan iOS 12 dan macOS Mojave

i_OS-12-_Grouped-_Notifications
iOS 12

iOS 12 dan macOS Mojave pertama kali dilancarkan adalah pada bulan Jun 2018 semasa acara WWDC 2018. Setakat ini sebanyak lapan versi BETA telah dilepaskan pada penggunaan. 

Lagi artikel di ifon.my  Huawei Berjaya Merampas Kedudukan Kedua Dari Apple Bagi Pasaran Telefon Pintar

Secara kebiasaannya, Phill Schiller akan umumkan tarikh perlepasan rasmi bagi iOS dan macOS Mojave semasa acara ini berlangsung.

Oleh yang demikian, saya menjangkakan bahawa iOS 12 dan macOS Mojave akan dilepaskan sekitar pertengahan awal akhir September ini. 

screen_shot_2018-06-08_at_112428_am
macOS Mojave

Bagi pengguna yang mendaftar sebagai Public BETA saya menjangkakan iOS 12 Gold Master (GM) akan dilepaskan awal September 2018. 

Apple AirPower

27133-39919-airpower-l
Apple AirPower

AirPower merupakan produk yang pernah di pra tonton semasa Acara Khas Apple pada September 2017. Namun sehingga ke saat ini produk ini tidak dijual di pasaran. 

Terdapat beberapa maklumat bahawa AirPower akan mula dijual pada September 2018 dan Phill Schiller akan mengumumkan tarikh jualannya.

Acara Khas Apple pada September ini akan menjadi medan utama bagi Apple mempertaruhkan produk terbaru mereka. 

Apple hakikatnya berada dalam situasi yang kurang baik akibat kepesatan teknologi dari Huawei,Samsung, Google dan beberapa jenama lain di serata dunia. 

Saya akan menyambung penulisan saya dalam masa terdekat memandangkan terlalu panjang untuk dihuraikan dalam satu penulisan. 

SEKADAR PANDANGAN

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

Adakah Anda Mengecas iPhone Sehingga 100% Memberi Kesan Buruk?

Mengapa Apple Sering Gunakan Nama John Appleseed?