in ,

Pengguna Mula Menjual Samsung Gear Sport Hadiah Dari Pra Tempah Galaxy Note 9

Samsung sebelum ini telah membuka pra tempah bagi Samsung Galaxy Note 9 di mana mereka menghadiahkan Samsung Gear Sport kepada pelanggan terawal yang membuat tempahan.

Screenshot_20180810-104723

Pra Tempah Samsung Galaxy Note 9

Jam pintar yang berharga RM1,219 sudah cukup membuatkan pengguna di Malaysia tertarik untuk membuat tempahan.

Pihak Samsung juga telah memaklumkan bahawa pra tempah bagi Samsung Galaxy Note 9 telah habis ditempah. Ini menunjukkan bahawa strategi pemasaran yang dibuat oleh pihak Samsung sangat menguntungkan kedua-dua belah pihak.

Semalam pelanggan yang membuat pra tempah telah mula mendapatkan Galaxy Note 9, dan hari ini ramai dikalangan pengguna mula mengiklankan jam pintar tersebut untuk dijual.

Berdasarkan pemerhatian saya di laman jualan Mudah dan Facebook pengguna mula menjual jam pintar terbabit sekitar RM600 hingga RM850.

Lagi artikel di ifon.my  Mengapa Kamera iPhone Menjadi Sasaran Utama Semasa Mengambil Gambar? Budaya atau Realiti?

Dengan penjualan jam pintar ini, memberi sedikit kelebihan kepada pembeli terawal memandangkan harga yang mereka bayar untuk Samsung Galaxy Note 9 jauh lebih murah dari harga pasaran.

Sebagai contoh

Harga dibayar semasa pra tempah RM3,699.00 dan mereka menjual Samsung Gear Sport pada harga RM700.00 sebagai contoh.

Oleh yang demikian, harga yang mereka bayar untuk Samsung Galaxy Note 9 hanyalah RM2,999.00 sahaja.

Secara peribadi saya berpandangan ia merupakan satu strategi pembelian yang sangat menguntungkan.

fi-gear-sport-sm-r600nzkanee-lperspectiveblack-79131903
Samsung Gear Sport

Jam pintar ini dikuasakan dengan cip pemprosesan dua teras 1.0GHz, RAM 768MB dan hadir dengan storan dalaman 4GB.

Jam pintar ini menyokong sistem operasi Tizen OS 3.0 dan mempunyai kapasiti bateri 300mAh.

Lagi artikel di ifon.my  Pixel Pencabar Signifikan iPhone

Apa yang menarik tentang jam pintar ini adalah ia menyokong Samsung Pay. Ini bermakna anda boleh membuat sebarang pembelian tanpa menggunakan tunai.

Konklusinya, pra tempah yang dibuat oleh Samsung ini sangat baik dan ini sedikit sebanyak dapat membantu Samsung untuk terus mengekalkan pengaruh mereka di Malaysia.

Bagi pembeli pula, ia merupakan satu pembelian yang sangat berbaloi memandangkan anda mampu mengurangkan beban kewangan anda dengan menjual jam pintar tersebut.

Namun, jika anda menggunakan jam tersebut ia memberikan satu pengalaman baru kepada anda sebagai peminat gadget.

SEKADAR PANDANGAN

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

Apple Glass: Akan datang tahun hadapan?

Eddy Cue, Individu Parasit Dalam Apple.