Seorang penjual di eBay mengatakan mempunyai prototaip iPhone generasi pertama dan sedang menjualnya di eBay pada hari ini. Setakat kini, harganya telah melambung menjadi $32,000 (bersamaan RM132,000).
Penjual yang berasal dari Portland, Oregon ini tidak menjelaskan dengan terperinci dari mana datangnya prototaip tersebut. Namun begitu berdasarkan gambar yang disertakan di eBay, ia merupakan prototaip yang tulen.
Menurut penjual tersebut, telefon ini dihasilkan pada 2006 dan di hand-made di Cupertino, California. Oleh itu ia lebih berat daripada iPhone generasi pertama yang dijual kepada pengguna umum.
Di belakang telefon tersebut juga terdapat tulisan tentang teknologi terbina di dalam telefon tersebut. Menurut penjual itu lagi, telefon ini menggunakan beberapa perisian percubaan dalaman termasuk OS X.
Penjual ini pernah menjual prototaip ini pada tahun 2015, dan harganya mencecah $61,000 (bersamaan RM251,000). Namun atas faktor tertentu jualan tersebut tidak berhasil.