in ,

Tim Cook Memperoleh Pendapatan Sekitar RM2.9 Billion Sepanjang Menjadi Ketua Pegawai Eksekutif Apple

Tim Cook nama yang tidak asing lagi organisasi Apple. Beliau telah dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Apple pada tahun 2011 selepas menggantikan Steve Jobs yang pada ketika itu sedang bertarung nyawa akibat masalah kanser yang dihadapinya.

Hakikatnya Apple telah dikemudi oleh beberapa Ketua Pegawai Eksekutif sebelum diberikan kepada Steve Jobs dan Tim Cook. Jika anda belum membacanya boleh klik pada pautan Kenali Semua CEO Apple.

timcook

Tim Cook

Terkini Equilar telah melaporkan bahawa Tim Cook telah memperoleh pendapatan sebanyak USD710 Juta atau bersamaan RM2,919,378,000.00 sepanjang beliau menjadi Ketua Pegawai Eksekutif sejak tahun 2011.

Business Insider melaporkan bahawa kebanyakan pendapatan beliau diperoleh dari saham. Berikut kenyataan dari Business Insider.

In total, Cook has collected more $650,382,235 in stock awards since he became CEO. After adding salary, and other bits of compensation, he’s collected $701 million in pay since 2011, according to Equilar’s analysis. Even after Tuesday’s sales, he still holds over 800,000 shares of Apple, worth over $195,000,000 on Wednesday’s opening price of $220.15.

Dengan pendapatan yang tinggi ini Equilar melaporkan bahawa Tim Cook telah dinobatkan individu kedua tertinggi memperoleh pendapatan selepas Mark Zuckerberg.

“The only other CEO who has realized more value in the same time period is Mark Zuckerberg, who exercised 1.2 million options over two years,” said senior research analyst Alex Knowlton. The Facebook CEO’s options had a strike price of $0.06, making his options over the same time worth almost $5.8 billion.

Nampaknya kepimpinan Tim Cook di dalam Apple telah melonjakkan nama beliau antara Ketua Pegawai Eksekutif yang paling tinggi memperoleh pendapatan.

Lagi artikel di ifon.my  Acara Pelancaran iPhone 4S

SEKADAR PANDANGAN

Sumber:9to5mac

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

Prototaip iPhone generasi pertama dijual di eBay dengan harga RM132 ribu

iPhone Smart Battery Case