in ,

iPhone 2018 Kemungkinan Tidak Akan Menyokong Apple Pensil

Jika sebelum ini terdapat sumber telah memetik bahawa iPhone yang mempunyai teknologi AMOLED akan menyokong Apple Pensil.

Nampaknya pengalisis Apple paling popular Ming-Chin Kuo telah menafikan khabar angin tersebut memandangkan iOS 12 tidak menyediakan kemudahan yang sempurna untuk Apple Pensil ini beroperasi pada iPhone 2018.

kuochart-800x443

Kuo juga menjangkakan Apple akan melancarkan tiga buah iPhone di mana masing-masing mempunyai skrin 6.5inci,6.1inci dan 5.8inci di mana iPhone 6.1inci akan menjadi iPhone paling murah dalam kelasnya.

Kuo juga menjangkakan iPhone 6.5inci dan iPhone 5.8inci akan dikuasakan dengan cip pemprosesan Apple A12, RAM 4GB,Face ID, serta hadir dengan tiga variasi storan dalaman iaitu 64GB, 256GB dan 512GB.

Lagi artikel di ifon.my  Adakah Apple Memperkenalkan iPhone Xr Untuk Melariskan iPhone Xs Dan iPhone Xs Max?

Sesuatu yang agak menarik untuk dihebahkan apabila iPhone 6.5inci dijangka mempunyai kapasiti bateri sebanyak 3,300-3,400 menjadikan ia satu-satunya iPhone melepasi kapasiti lebih 3,000mAh.

iPhone 6.5inci dijangka akan dijual pada harga bermula RM4,857.00 manakala bagi iPhone 5.8inci dijual pada harga sekitar RM4379.00. Harga ini tidak termasuk 5% cukai SST.

Bagi iPhone 6.1inci pula ia bakal dikuasakan dengan cip pemprosesan Apple A12, RAM sebesar 3GB dan akan dijual sekitar RM3,442.00 tidak termasuk cukai SST.

iPhone 6.1 inci akan hadir dengan variasi warna merah,biru,oren,kelabu dan putih. Manakala bagi iPhone 6.5inci dan iPhone 5.8 inci akan didatangkan dengan warna perak, space grey dan emas.

Lagi artikel di ifon.my  Kapasiti RAM Pada iPhone Xs, iPhone Xs Max dan iPhone Xr Diperlihatkan

SEKADAR PANDANGAN

Sumber: MacRumors

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

Google Akan Melancarkan Pixel 3 Pada 10 Oktober 2018

Pocophone F1 Hadir Ke Malaysia Pada Harga Bermula RM1,237.00