in ,

Nokia 3310 Menyambut Ulangtahun Yang Ke-18.

Jika anda peminat setia dunia teknologi tentu sekali mengenali jenama Nokia bukan? Hakikatnya Nokia suatu masa dahulu merupakan syarikat paling berpengaruh di dunia.

Tidak keberatan jika saya katakan bahawa Nokia dahulu sama seperti Apple pada ketika ini.

Antara produk paling berjaya pernah dikeluarkan oleh Nokia ialah Nokia 1100 yang mencatat jualan sebanyak 250 juta unit, menjadikan ia telefon bimbit nombor satu di dunia dan rekod tersebut dipegang sehingga kini.

Hari ini merupakan paling bersejarah bagi Nokia di mana ia bakal menyambut ulangtahun ke-18 bagi Nokia 3310.

Original-_Nokia-3310-_Cellphones-2_G-_GSM-900-1800-_Unlocked-_Refurbis

Nokia 3310 (2000)

Nokia 3310 merupakan telefon bimbit yang dilancarkan pada 1 September 2000 dan mengikut rekod model ini telah mencapai nilai jualan sebanyak 136 juta unit secara keseluruhan.

Lagi artikel di ifon.my  Adakah Anda Salah Seorang Keldai Kepada Sindiket Penipuan Pembelian Telefon Pintar?

Di Malaysia, model ini boleh dikatakan agak popular disebabkan harga yang berpatutan serta rekaan yang menarik pada ketika itu.

Namun sejak Apple melancarkan iPhone (2007) maka bermulalah era kejatuhan Nokia. Pada ketika itu Nokia seolah-olah belum bersedia untuk menghasilkan telefon pintar.

Nokia terus membuat pelaburan dalam pembangunan Symbian yang akhirnya memusnahkan legasi yang dibina oleh mereka sekian lama.

Akibat dari itu, HMD Global telah mengambil alih hak jualan jenama Nokia. Pada 2017 atas inisiatif baru, pihak HMD Global telah memperkenalkan Nokia 3310 versi terkini yang merupakan inkarnasi dari model sebelumnya.

Nokia-3310-_Design-_DM-1
Nokia 3310 (2017)

Nokia 3310 (2017) hakikatnya telah mengembalikan nostalgia kepada pengguna. Walaupun ia bukanlah telefon pintar seperti Android dan iOS namun sedikit sebanyak ia memberi sedikit petunjuk bahawa Nokia akan kembali merampas kedudukan mereka yang telah dirampas oleh Apple.

Lagi artikel di ifon.my  Acara Pelancaran iPhone 4S

Adakah ia menjadi kenyataan? Semua bergantung kepada HMD Global untuk mencorak jenama Nokia ke persada antarabangsa.

SEKADAR BERKONGSI

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

Adakah 4G dan LTE Sama?

Semua tentang iPhone 2018 yang kita tahu setakat ini