in ,

Semua tentang iPhone 2018 yang kita tahu setakat ini

Tak sampai 2 minggu lagi Apple akan melancarkan iPhone generasi terbaru yang mungkin dinamakan iPhone XS, dengan 2 variasi saiz dan 3 warna yang berlainan. Seperti diketahui umum, pelancaran iPhone terbaru ini akan diadakan di Steve Jobs Theater.

Pelbagai desas-desus yang telah diketahui setakat ini dan anda boleh membacanya di artikel-artikel ifon.my sebelum ini. Namun kepada yang tidak mengikuti ulasan kami sebelum ini, berikut merupakan semua yang kita tahu tentang iPhone terbaru setakat hari ini.

Nama

Pelbagai nama yang disebut di alam maya untuk nama baru iPhone terbaru ini. Namun yang paling disebut-sebut oleh orang ramai adalah iPhone XS, seiring dengan standard penamaan iPhone generasi sebelumnya. Ia juga telah disahkan oleh beberapa sumber yang boleh dipercayai.

Artikel – Apakah Nama Bagi iPhone 2018?

Apple juga berkemungkinan tidak akan lagi menggunakan Plus pada penamaan iPhone untuk masa akan datang.

Rekabentuk

IPHONE-_XS

Rekabentuk iPhone 2018 berkemungkinan besar tidak ubah seperti iPhone X. Apple dikatakan akan fokus kepada penambah baikan dari segi kepantasan dan kecekapan prestasi iPhone. Dijangkakan ia akan menggunakan cip pemprosesan terbaru A12. 

Artikel – Rekabentuk iPhone 2018 Dan Apple Watch Siri 4 Tertiris

Saiz

Tahun ini Apple bakal memperkenalkan iPhone dengan 2 variasi saiz. Beberapa sumber melaporkan iPhone 2018 akan datang dalam saiz 5.8 inci and 6.5 inci. Untuk saiz 6.5 inci, dijangkakan iOS 12 akan menyokong pandangan mendatar seperti iPad.

i_Phone-_XS-_Plus-_Calendar

Prestasi

Seperti iPhone generasi ‘S’ sebelum ini, Apple akan memfokuskan kepada prestasi dan kecekapan iPhone untuk tahun ini. iPhone 2018 bakal menggunakan cip pemprosesan A12 bersama RAM 4GB berbanding 3GB untuk iPhone X. Beberapa sumber telah meniriskan ujian prestasi untuk iPhone 2018 dibandingkan dengan iPhone X dan nyata kelihatan prestasi iPhone 2018 adalah lebih baik berbanding iPhone X.

prestasi iPhone XS

Artikel – Adakah Cip Apple A12 Akan Meneruskan Tradisi Sebagai Cip Paling Berkuasa Di Dunia?

Warna

gold-iphone-x

iPhone XS bakal dikeluarkan dengan satu warna baru iaitu warna emas. Dilaporkan bahawa Apple telah menguji warna emas pada iPhone X namun ia tidak dilepaskan kepada pengguna umum. Warna emas juga dapat dilihat pada poster jemputan untuk acara khas Apple pada 12 September ini. Seperti biasa, iPhone XS juga akan dikeluarkan dengan warna space-grey dan silver.

Artikel – SAH Acara Pelancaran iPhone Dilancarkan Pada 13 September 2018

Ekstra

Untuk iPhone pada tahun ini, diramalkan bahawa Apple mungkin tidak lagi akan menyediakan adapter Lightning ke 3.5mm untuk bicu audio memandangkan kepopularan earphone wireless yang kian meningkat. Di samping itu, Apple juga diramal akan menggunakan USB-C untuk kepala unit pengecasan iPhone pada tahun ini. 

Pra tempahan iPhone XS diramalkan akan dibuka pada 15 September 2018 (waktu Malaysia).

Artikel – Pra Tempah iPhone 2018 Dijangka Pada 15 September 2018

Nokia 3310 Menyambut Ulangtahun Yang Ke-18.

Video Konsep iPhone XS