Tentu pengguna di Malaysia sudah mengenali jenama Xiaomi . Pengaruh jenama ini mula meningkat akibat dari jualannya yang sangat murah jika dibandingkan dengan jenama lain.
Terkini pihak Xiaomi telah membuat sedikit teaser untuk telefon pintar terbaru mereka iaitu Xiaomi Mi Mix 3. Gambar tersebut telah dimuat naik oleh Donovan Sung dalam laman Twitter rasmi beliau.
Sharing one more photo. Does anyone see anything interesting? 😎#Xiaomi pic.twitter.com/LjZGibMsuR
— Donovan Sung (@donovansung) September 3, 2018
Berdasarkan gambar yang dikongsikan, Xiaomi Mi Mix 3 hadir dengan skrin tanpa notch dan hadir dengan sokongan rangkaian 5G.
Setakat ini bilakah telefon pintar ini akan dilancarkan masih belum dipastikan lagi. Namun besar kemungkinan ia akan dilancarkan pada tahun 2019.
SEKADAR PANDANGAN
Sumber: Xiaomi