in ,

Bagaimana Mahu Menonton Acara Pelancaran iPhone 2018

Tentu ada dikalangan pengguna Apple masih belum berkesempatan menonton Acara Khas Apple yang sering diadakan setiap tahun.

Acara Khas Apple ini padat dengan aturcara majlis termasuklah pelancaran tiga buah iPhone, Apple Watch Siri 4, iPad Pro,serta pengumuman tarikh pelepasan iOS 12, macOS Mojave, tvOS dan watchOS 5.

Acara Khas Apple ini boleh ditonton secara langsung pada 13 September 2018 Jam 1.00 pagi.

Bagi pengguna iOS, anda boleh menonton acara ini menerusi pelayar web Safari pada iPhone,iPad, iPod dan iPad dan terhad kepada iOS 10 dan ke atas sahaja.

Pengguna Machintos pula, anda boleh menggunakan pelayar web Safari dengan sistem operasi minimun macOS Sierra 10.12.

Pengguna PC pula anda boleh menggunakan pelayar web Microsoft Edge, Mozilla Firefox dan Chrome. Namun, anda harus mengemaskini pelayar web ini ke versi terkini.

Lagi artikel di ifon.my  Huawei Berjaya Mengekalkan Status Sebagai Jenama Telefon Pintar Kedua Paling Popular Di Dunia

Untuk menonton klik Tonton Acara Khas Apple

image

Acara ini akan membarisi individu terpenting dalam Apple termasuklah Tim Cook, Phill Schiller, Craig Federigi dan Jeff William.

Sekiranya anda belum mengenali lebih dekat individu yang saya maksudkan ini. Rasanya inilah pentas yang sesuai untuk anda mengetahui lebih dekat akan peranan yang diberikan oleh Tim Cook kepada mereka.

Hakikatnya ramai dikalangan pengguna sedikit terkesan akibat kualiti penstriman. Oleh yang demikian, saya amat menggalakkan anda untuk menggunakan sambungan WIFI minimum 4Mbps atau rangkaian LTE.

Bagi menghangatkan lagi suasana, saya sertakan video YouTube bagi Acara Khas Apple pada tahun lepas.

Secara peribadi saya mengalakkan anda untuk menonton acara ini memandangkan pihak Apple akan memfokuskan ciri-ciri terpenting dalam setiap produk mereka.

Lagi artikel di ifon.my  Acara Khas Apple: iPad Pro Dan MacBook Air?

Antara perkara yang sering menjadi salah faham pengguna adalah waktu acara ini berlangsung. Adalah diingatkan kepada anda bahawa Acara Khas Apple ini akan bermula tepat jam 1.00 pagi hari Khamis 13 September 2018.

Bermakna selepas jam 11.59 malam hari rabu anda boleh bersiap siaga untuk menonton acara ini.

Sebelum acara ini berlangsung, seperti biasa saya akan menyediakan inti pati bagi Acara Khas Apple mengikut pandangan peribadi saya.

Sekiranya anda tidak mahu menonton acara ini, namun mahu mengetahui perkembangan dengan lebih pantas. Anda boleh melayari www.ifon.my atau Twitter @xaviernaxa untuk mendapatkan info secara langsung.

SEKADAR PANDANGAN

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

Semua Produk Apple Tidak Dikenakan Sebarang Cukai SST Buat Masa Ini

Xiaomi Mi Mix 3 Dengan Sokongan 5G Dan Tanpa Notch Dipertontonkan