in ,

Pocophone F1 Hadir Ke Malaysia Pada Harga Bermula RM1,237.00

Pocophone F1 merupakan telefon pintar di bawah Xiaomi dan antara model yang mempunyai spesifikasi yang tinggi namun dijual pada harga yang sangat berpatutan.

Terkini, Xiaomi Malaysia telah mengesahkan bahawa Pocophone F1 akan hadir ke Malaysia pada 30 Ogos 2018.

1534936753_poco1

Pocophone F1 hadir dengan skrin 6.1inci IPS LCD, dikuasakan dengan cip pemprosesan Qualcomm Snapdragon 845 serta hadir dengan kapasiti memori 8GB bagi storan dalaman 256GB dan 6GB bagi storan dalaman 64GB/128GB.

Untuk pasaran tempatan, Pocophone F1 akan dijual pada harga RM1,237.00 bagi storan dalaman 64GB dan 1,428.00 bagi 128GB.

Walaubagaimanapun, bermula 10 September 2018 harga bagi kedua-dua model ini akan diselaraskan di mana versi 64GB bakal dijual pada harga RM1,299.00 manakala 128GB dijual pada harga RM1,499.00.

Lagi artikel di ifon.my  Apple Melepaskan iOS 12 BETA 8 Kepada Pembangun Perisian

SEKADAR PANDANGAN

Sumber: Soya Cincau

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

iPhone 2018 Kemungkinan Tidak Akan Menyokong Apple Pensil

Adakah Cip Apple A12 Akan Meneruskan Tradisi Sebagai Cip Paling Berkuasa Di Dunia?