in

IDC: Apple Mengukuhkan Kedudukan Sebagai Peneraju Peranti Boleh Pakai Bagi Suku Keempat Tahun 2018

Seperti yang dijangka, Apple terus mengukuhkan kedudukan selaku peneraju peranti boleh pakai dunia bagi suku keempat tahun 2018 dengan menguasai pasaran sebanyak 27.4% di mana ia mencatat 16.2 juta unit berbanding tahun sebelumnya yang hanya mencatat 13.3 juta unit sahaja.

apple-watch-series-4-review

Sebanyak 16.2 juta unit peranti boleh pakai berjaya dipasarkan yang mana 10.4 juta unit disumbangkan oleh Apple Watch. Apple Watch Siri 4 merupakan model paling banyak menyumbang disebabkan pembeli cenderung untuk membeli model paling terkini. Manakala 5.8 juta unit lagi disumbangkan oleh jualan AirPods dan produk Beats.

Secara keseluruhan, Apple mencapai pertumbuhan positif iaitu sebanyak 21.5% berbanding tahun sebelumnya.

A5259386-2-E5-A-4707-9-DC7-EF2-BCA5-A2-BC3-e1551811286890

Xiaomi pula dilihat mengalami pertumbuhan sebanyak 43.3% berbanding tahun sebelumnya yang mana ia berjaya menjual sebanyak 7.5 juta unit peranti boleh pakai berbanding 5.2 juta unit bagi tahun sebelumnya.

3e06ef12-a57c-4956-9fd0-6d3a16a560f7

Bagi suku keempat tahun 2018, Xiaomi menguasai pasaran sebnayak 12.6% yang mana ia disumbang oleh jualan positif bagi model Mi Band 3.

Lagi artikel di ifon.my  Thunderbolt Sejauh Mana Teknologi Ini Mampu Mengatasi USB Type-C?

Huawei pula dilihat mengalami pertumbuhan yang sangat tinggi iaitu 248.5% berbanding tahun 2017 yang mereka berjaya menjual peranti sebanyak 5.7 juta unit berbanding 1.6 juta bagi tahun sebelumnya.

SEKADAR PANDANGAN

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

Pusat Service Apple Mula Menerima iPhone Yang Menggunakan Bateri Pihak Ketiga Untuk Dibaiki

iPhone XS Dan iPhone XS Max Mengalami Penurunan Di China Akibat Tekanan Jualan Yang Lemah