in ,

Sah iPhone XS, iPhone XS Max Dan iPhone XR Hadir Dengan Storan Berbeza

Nampaknya kebocoran maklumat pada laman rasmi Apple telah membongkarkan jumlah storan yang hadir pada iPhone XR, iPhone XS dan iPhone XS Max.

iphone-xr-sitemap

Nama iPhone Terbongkar

Berdasarkan maklumat yang tertiris tersebut jelas menunjukkan Apple bakal melancarkan iPhone XS, iPhone XS Max dan iPhone XS Max pada pagi esok.

iphone-xs-colors
Variasi Storan

Selain itu berdasarkan maklumat XML yang tertiris dalam laman rasmi Apple, ketiga-tiga model iPhone hadir dengan variasi storan yang berbeza.

iPhone XR hadir dengan storan 64GB, 128GB dan 256GB, manakala bagi iPhone XS dan iPhone XS Max akan hadir dengan storan 64GB, 256GB dan 512GB.

Berdasarkan maklumat tersebut saya menjangkakan versi 512GB pada iPhone XS dan iPhone XS Max akan dijual pada harga yang paling tinggi dan bakal mencecah lebih RM6,000.00.

Lagi artikel di ifon.my  Apple Memulakan Program Trade In iPhone Dengan Harga iPhone Xr Serendah RM2,157.47

SEKADAR PANDANGAN

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

Sah Apple Melancarkan iPhone XS, iPhone XS Max dan iPhone XR

Sah Apple Watch Siri 4 Hadir Dengan Saiz Skrin Baharu